24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Penantian 22 tahun pelajar, guru SMK Libaran bakal berakhir

Bangunan sekolah itu yang terbengkalai sejak 2000 akan beroperasi mulai bulan depan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENANTIAN para pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Libaran di Sandakan, Sabah selama 22 tahun untuk menduduki bangunan sendiri bakal berakhir.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin yang menyampaikan khabar gembira itu berkata, projek pembinaan sekolah SMK Libaran yang dikategorikan sebagai projek sakit sebelum ini kini siap sepenuhnya dan akan beroperasi bulan depan.

Beliau berkata, sepanjang tempoh tersebut para pelajar dan guru menumpang di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Padas iaitu sejak 17 Januari 2000.

“Semasa saya mula berada di Kementerian Pendidikan, saya dimaklumkan pembinaan SMK Libaran yang diluluskan pada tahun 2016 antara projek sakit dan terbengkalai sejak tahun 2019.

“Jadi, saya minta pembinaan sekolah disiapkan secepat mungkin bagi memberi kemudahan pendidikan yang lebih baik kepada penduduk sekitar.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menyiapkan pembinaan SMK Libaran,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Radzi berkata, bagi memberi kemudahan kepada para pelajar yang tinggal agak jauh dari sekolah, beliau juga telah minta supaya asrama disediakan di sekolah tersebut.

Advertisements

“Peruntukan bagi tujuan tersebut telah diluluskan pada tahun 2021. Insya-Allah, kerja pembinaan akan dimulakan tidak lama lagi,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, SK Libaran yang sebelum ini dilaksanakan secara dua sesi akan kembali kepada satu sesi apabila para pelajar SMK Libaran berpindah ke sekolah sendiri bulan depan.

Beliau berkata, keadaan itu akan memberikan keselesaan kepada warga SK Sungai Padas yang sebelum ini terpaksa bercampur dengan warga SMK Libaran.

Pada masa yang sama beliau berkata, Kementerian Pendidikan akan memastikan perkara berkaitan sekolah tumpang, termasuk di Sabah dapat diselesaikan.

“Semuanya demi kesejahteraan pendidikan anak-anak generasi pewaris negara,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan