24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

GLC, GLIC terajui ekosistem agromakanan – PM

Bagi memastikan kualiti, kuantiti dan pengeluaran hasil ke tahap optimum selain bekalan terjamin.

Mesti Baca

MAJLIS Tindakan Ekonomi (EAC) hari ini bersetuju agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan agensi kerajaan menerajui ekosistem agromakanan di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, langkah itu diambil bagi memastikan kualiti, kuantiti dan pengeluaran hasil ke tahap optimum selain bekalan terjamin.

“Sebagai contoh bekalan dan harga ayam dapat dikawal sekiranya agensi kerajaan yang berkenaan terlibat dalam ekosistem industri penternakan bermula daripada membekal anak ayam, makanan ternakan, pengangkutan, pemasaran dan sebagainya,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum itu Ismail Sabri mempengerusikan mesyuarat EAC di Putrajaya yang membincangkan tiga perkara utama.

Selain sekuriti makanan, mesyuarat itu juga membincangkan soal memudahkan urusan perniagaan di Malaysia dan menangani tenaga mahir dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E).

Perdana Menteri berkata, mesyuarat juga bersetuju untuk memperkenalkan harga siling bergerak yang berubah kepada faktor harga input.

“Ini seiring dengan perancangan bantuan terus bersasar kepada golongan yang memerlukan seperti yang diumumkan sebelum ini,” kata beliau.

Beliau berkata, kerjasama antara kerajaan Pusat dan negeri akan dipertingkatkan dalam usaha meningkatkan keluasan tanah bagi kegunaan pertanian.

Langkah itu, tambah beliau, bagi mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu akan dibincangkan lebih lanjut dalam mesyuarat dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri dalam masa terdekat.

Pada masa yang sama, kerjasama awam dan swasta dipertingkatkan bagi memberi fokus terhadap usaha modenisasi dan mengalakkan pertanian pintar dalam usaha meningkatkan hasil pertanian.

Advertisements

“Inisiatif ini akan disokong melalui usaha menyatukan tanah ladang, tanah terbiar dan tanah wakaf,” kata Perdana Menteri.

Beliau berkata, kerajaan juga akan memastikan hasil pertanian mempunyai pasaran seperti menggalakkan ladang kontrak di mana peladang dan petani tidak mempunyai masalah untuk memadankan pengeluaran hasil pertanian dengan permintaan pasaran.

surat CIMS
Gambar hiasan: Carian internet.

Sementara itu Ismail Sabri berkata, mesyuarat juga bersetuju untuk memperkukuhkan pelaksanaan MyMudah di semua kementerian, agensi kerajaan baik Pusat mahukan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT) dan persatuan pernniagaan.

Beliau berkata, ia sebagai usaha kan terus berusaha untuk memodenkan peraturan-peraturan berkaitan perniagaan bagi melonjak produktiviti dan daya saing negara yang akan dilaksanakan oleh Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH).

“Mesyuarat juga bersetuju merancakkan lagi program uji kaji peraturan yang dikelola oleh Unit-Unit MyMudah dengan sasaran penyelesaian isu dalam tempoh 60 hari berbanding dengan 6 hingga 12 bulan sebelum ini.

“Temuduga pekerja asing akan dilaksanakan di negeri-negeri berbanding hanya di pusat sehenti (OSC) Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya.

“Kerajaan akan memperkasakan OSC yang melibatkan semua Kementerian dan Agensi yang berkaitan proses kemasukan pekerja asing,” kata Perdana Menteri.

Bagi menangani isu kekurangan tenaga kerja mahir yang serius dalam sektor E&E, kerajaan secara prinsip telah bersetuju untuk melaksanakan “Program Train & Place untuk Jurutera & Juruteknik” kepada 1,000 jurutera dan 1,000 juruteknik.

Di samping itu, kerajaan juga akan memperbaiki dan mempercepat mekanisme pengambilan ekspatriat dan pekerja asing.

Katanya, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan menyelaras dengan Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) untuk segera menangani isu kekurangan tenaga kerja ini.

“Kerajaan komited terhadap kajian yang berdaya maju dan berpotensi untuk dimanfaatkan secara strategik bagi mendepani cabaran global bagi menjamin ekosistem sekuriti makanan lebih inklusif dan menyeluruh demi kesejahteraan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan