31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

KEMAS peruntuk RM1.9 juta untuk program TVET

Agensi itu akan memberikan peluang kepada golongan B40 untuk menjalani latihan TVET di institusi di bawahnya

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi agensinya Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memperuntukkan sebanyak RM 1.9 juta untuk Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi institusi di bawah jabatan berkenaan.

Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, program TVET Kemas akan memberikan peluang kepada golongan B40 untuk menjalani latihan TVET sekaligus mampu menambah pendapatan keluarga.

“Peruntukan TVET Kemas merangkumi bimbingan, kursus dan biasiswa yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan untuk golongan yang berpendapatan rendah menerusi kursus dalam industri tekstil dan fesyen yang dilihat mempunyai potensi besar di Malaysia.

Justeru menurut beliau, Kemas akan membuka tawaran kepada masyarakat Malaysia berusia antara 18 hingga 30 tahun yang berminat untuk mengikuti sijil dan diploma dalam bidang pembuatan pakaian wanita dan pentadbiran fesyen di Akademi Kemahiran Kemas Seri Iskandar Perak mulai kini hingga 26 Jun ini,” katanya.

Abdul Rahman berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kemas Negeri Pahang di Genting Highlands, Pahang.

Turut hadir, Ketua Pengarah Kemas, Datuk Mohamad Yasid Bidin, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Pembangunan, Rafea’ah Mohd Nahar dan Pengarah Kemas Pahang, Zainal Abidin Ali.

Ujar Abdul Rahman lagi, Akademi Kemahiran Kemas Seri Iskandar berkenaan telah melahirkan seramai 1,414 individu yang memiliki Diploma yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang diiktiraf sejak tahun 2007. 

“Jika dahulu kelas-kelas jahitan yang dilaksanakan oleh Kemas di kampung-kampung hanya untuk suri rumah belajar menjahit langsir, baju kurung tapi kini kita telah kembangkan sehingga ke tahap Diploma sekaligus pensijilan ini diiktiraf untuk menceburi industri tekstil di negara ini.

Malah menurutnya, peluang pengajian dibuka kepada belia dan beliawanis yang berada di luar bandar dengan keutamaan dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah dan turut ditawarkan kepada pelatih dari Agensi Kementerian dan lain-lain seperti KEDA, JAKOA, IKBN dan Giatmara merangkumi 279 institusi TVET KPLB untuk melanjutkan pengajian.

Untuk rekod, Program TVET yang dilaksanakan oleh Akademi Kemahiran Kemas Seri Iskandar Perak diiktiraf oleh JPK KSM dalam bidang jahitan pakaian tahap Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 2 dan 3, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) tahap 4 dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) tahap 5.

Manakala Akademi Kemahiran Kemas Gopeng Perak pula menawarkan SKM bidang Pembuatan Pakaian Lelaki dan Pembuatan dan Penyediaan Makanan Tahap 2 dan 3.

Dalam pada itu, Abdul Rahman turut memaklumkan kementeriannya akan menganjurkan Expo TVET@KPLB pada 23 hingga 25 Jun 2022 di Dataran Amanjaya Mall Sungai Petani Kedah yang akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Expo berkenaan akan membuka peluang untuk belia dan beliawanis di negara ini mengetahui

dan menceburi pendidikan TVET di bawah institusi pendidikan KPLB dan agensi seluruh negara,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan