24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kertas siasatan kanak-kanak dilanggar bas sekolah dirujuk ke DPP

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERTAS siasatan berhubung kes kemalangan maut membabitkan seorang kanak-kanak perempuan yang dilanggar bas sekolah di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang dekat sini baru-baru ini, akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Md Noor Aehwan Mohamad berkata, pihaknya perlu melengkapkan beberapa perkara terlebih dahulu sebelum menyerahkan kertas siasatan itu kepada DPP.

Menurutnya, polis ketika ini sedang menunggu laporan bedah siasat mangsa.

“Selain itu, laporan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), serta akan merakam percakapan kakak dan waris secepat mungkin memandangkan keluarga mangsa kini dalam tempoh kuarantin COVID-19.

Advertisements

“Apabila semua proses ini selesai, kita rujuk kepada DPP secepat mungkin,” katanya.

Pada 26 Mei lepas, seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun empat bulan maut selepas dilanggar sebuah bas sekolah di hadapan rumahnya di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa dipercayai dilanggar ketika mengekori kakaknya yang keluar dari rumah untuk menaiki bas itu dalam kejadian kira-kira 12.15 tengah hari.

“Pemandu bas lelaki berumur 50 tahun kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan dan beliau telah dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama selepas memberi keterangan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan