26.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Ismail Sabri cadang tiga gerak kerja untuk BN hadapi PRU-15

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan tiga gerak kerja kepada Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perdana Menteri berkata, langkah pertama yang perlu diberi perhatian adalah memastikan BN sentiasa berusaha untuk mencapai budaya kerja kelas pertama.

“Kerja kelas pertama ini ditafsirkan sebagai berpasukan, berdisiplin dan kesetiaan kepada parti. Pemimpin dan ahli BN yang setia bukanlah yang ada ketika senang sahaja, namun tetap setia walau dilambung badai setinggi mana pun.

“Terima kasih kepada MCA, MIC dan PBRS yang tidak meninggalkan BN walaupun kita kalah dalam PRU-14.

“Saya kira yang berada dalam dewan ini, sudah teruji kesetiaannya. Seinci pun tidak berganjak dari parti walau berdepan dengan ugutan, tekanan, ancaman mahupun tawaran yang menggiurkan,” katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen BN bertemakan Kesetiaan dan Kestabilan sempena Ulang Tahun Ke-48 gabungan parti itu hari ini.

Advertisements

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, elemen kedua ialah BN perlu memenangi hati rakyat.

“Sebagai Perdana Menteri, beliau memberi jaminan akan memastikan dasar-dasar yang dibuat adalah menguntungkan rakyat.

“Selain itu, perkhidmatan yang terbaik harus diberikan kepada rakyat. Kerajaan sentiasa cakna, mengambil berat, mencari inisiatif terbaik dan segera menyelesaikan masalah setempat.

“Elemen Ketiga ialah merangka formula strategi kemenangan PRU-15. Strategi ini perlu fokus kepada pemantapan jentera Pilihan Raya di antara parti komponen,” ujarnya lagi.

Justeru, Ismail Sabri berkata, bersempena dengan Konvensyen BN hari ini adalah penting untuk semua parti komponen memperbaharui ikrar mereka.

“Ia termasuk ikrar kepada rakyat keseluruhannya, ikrar untuk menjadi yang terbaik dan ikrar meneruskan kelangsungan perjuangan memartabatkan negara tercinta Malaysia,” katanya.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan