32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PGA rampas 34,158 kg daun ketum bernilai RM1 juta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BRIGED Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas sebanyak 34,158 kilogram (kg) daun ketum bernilai kira-kira RM1 juta dalam tempoh lima bulan pertama dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

Komander Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Nordin Manan berkata, permintaan tinggi di negara jiran dipercayai menjadi punca aktiviti penyeludupan daun ketum semakin meningkat.

Katanya, sebanyak 93 kes penyeludupan barangan tersebut direkodkan dengan tangkapan 12 orang melibatkan 10 lelaki tempatan dan dua lelaki warga Thailand.

“Boleh dikatakan aktiviti penyeludupan daun ketum ini berlaku setiap hari malah bagi Mei sahaja kita berjaya merampas lima tan daun ketum,” katanya dalam sidang akhbar di Markas Taktikal PGA Bukit Kayu Hitam, hari ini, lapor Utusan.

Beliau menambah, pihaknya turut menyita 50 kenderaan pelbagai jenis yang digunakan bagi aktiviti itu dengan nilai keseluruhan rampasan lebih RM2 juta termasuk daun ketum.

Advertisements

Jelasnya, modus operandi penyeludup adalah meletakkan daun ketum tersebut dalam guni berdekatan pagar di sempadan sebelum dipindahkan ke negara berkenaan oleh individu tertentu.

“Kita percaya penyeludup ini memperoleh upah yang tinggi kerana harga ketum di negara jiran dijual pada harga RM150 setiap kg,” katanya.

Selain itu, katanya, di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 pula, sebanyak tiga kes direkodkan melibatkan tangkapan 21 orang yang cuba menyeludup masuk ke negara ini dalam tempoh yang sama.

“Jenayah di sempadan melibatkan dadah pula sebanyak lapan kes direkodkan dengan tangkapan lima lelaki warganegara dan rampasan pelbagai jenis bahan terlarang termasuk ganja seberat 93 kg, syabu (987 gram) dan pil yaba (189 biji).

“Jumlah rampasan dadah itu dianggarkan bernilai RM4.8 juta,” katanya.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan