31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Cubaan 15 PATI seludup masuk, bersembunyi dicekup PGA

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CUBAAN 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) menyeludup masuk dengan bersembunyi selepas pembukaan sempadan negara tidak kesampaian apabila dicekup di pesisir Long Beach, Morib, di sini semalam.

Kesemua PATI termasuk tujuh wanita berusia 19 hingga 58 tahun ditahan pukul 7.50 pagi hasil rondaan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, berdasarkan siasatan mereka membayar antara RM1,400 hingga RM2,000 dengan mendarat di lokaliti berkenaan kira-kira pukul 3.30 pagi.

Katanya, mereka dipercayai berlepas dari dari Tanjung Balai Asahan, Indonesia dengan menaiki bot nelayan.

“Pemeriksaan mendapati kesemua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Hasil pemeriksaan juga terdapat dua PATI mempunyai hubungan ibu dan anak,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Rizal memberitahu, ketika ditahan mereka yang bersembunyi di pesisir tersebut tidak mempunyai hala tuju dan cuba mencari peluang pekerjaan menerusi kenalan mereka yang sudah menetap di negara ini.

Tambah beliau, tangkapan tersebut adalah pertama bagi Op Nyah 1 Selangor selepas pintu sempadan dibuka kerajaan.

“Kesemua PATI telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63,” jelasnya.- Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan