27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 6, 2022

Subsidi kepada penternak dihentikan mulai 1 Julai – PM

Subsidi sebanyak RM720 juta diperuntuk bagi mengawal harga ayam tetapi ramai penternak tidak menuntutnya.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN menghentikan pemberian subsidi kepada penternak mulai 1 Julai ini sebaliknya menyalurkannya kepada rakyat yang memerlukan terutama golongan B40.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah terbabit bertujuan mengurangkan bebanan rakyat supaya tidak terlalu tertekan dengan kenaikan harga barang.

“Kita perkenalkan subsidi untuk memastikan harga ayam tidak dinaikkan. Di Malaysia ini harga apa pun boleh naik asalkan bukan harga ayam.

“Harga ikan kembung RM15 sekilogram mereka tak bising tetapi harga ayam rakyat akan marah.

“Kalau dibiarkan harga diapung, harga ayam mungkin RM12 sekilogram tetapi kerajaan mahu memastikan harga ayam tidak dinaikkan maka kita beri subsidi kepada penternak supaya harga ayam kekal RM8.90 dan kerajaan berbelanja RM720 juta untuk pastikan harga ayam tidak dinaikkan.

Baca juga:   Tiada pengeluaran drastik pemegang unit amanah PNB - Zeti

“Bagaimanapun, ramai penternak tidak menuntut subsidi diberi. Oleh itu mulai 1 Julai nanti, kita tidak lagi memberi subsidi kepada penternak tetapi jumlah terbabit akan diberikan terus kepada rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan juga menggalakkan industri agro makanan dipergiat agar kita semua terlibat dalam industri makanan ini termasuk memelihara ayam, menanam jagung untuk makanan ayam dan sebagainya.

Untuk itu, kata beliau, Tabung Agro Makanan berjumlah RM500 juta telah diwujudkan bagi tujuan pemberian ‘soft loan’ kepada pemain-pemain industri agromakanan.

Baca juga:   PAU Khas: Usul pemilihan selepas PRU lulus

Kata beliau, kerajaan juga akan mengenal pasti pertubuhan peladang dan koperasi-koperasi yang terlibat dalam projek agromakanan ini untuk dibantu dari segi kewangan serta mewujudkan stok penimbal untuk ayam, daging dan ikan. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Bantuan Musim Tengkujuh pekebun kecil Risda ditambah baik

KABINET bersetuju meluluskan Penambahbaikan skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk pekebun kecil getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah...

Lagi Artikel Berkaitan