26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Terbaik… Pegawai bomba bantu wanita bersalin dalam kereta

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Farhan Sufyan Borhan, berhenti untuk memeriksa kenderaan di tepi jalan berjaya menyelamatkan seorang wanita yang baru bersalin sendiri di Jalan Lintas, Kota Kinabalu, Sabah, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.45 tengah hari itu, wanita berusia 39 tahun terbabit difahamkan tidak sempat sampai ke Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), Likas, di sini, akibat kesesakan jalan.

Wanita yang menaiki Perodua Viva bersama suaminya itu terpaksa berhenti di tepi jalan sebelum melahirkan anak perempuan di dalam kenderaan berkenaan.

Farhan ketika dihubungi berkata, ketika itu, beliau sedang dalam perjalanan menuju ke Ibu Pejabat JBPM Sabah yang terletak kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

Bagaimanapun katanya, sebaik melihat kelibat seorang wanita terbaring di dalam kenderaan dan gelagat lelaki berdepan kecemasan, beliau segera hentikan kenderaan.

“Sebaik menyedari kejadian sebenar, saya menghubungi pasukan bomba dan membantu menenangkan mangsa serta mengikat tali pusat bayi terbabit.

“Pasukan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) yang hadir di lokasi terus memberi rawatan awal sebelum diserahkan kepada ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya, lapor Harian Metro.

Farhan berkata, mangsa dan bayi terbabit dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan kini ditempatkan di Hospital Likas untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Farhan berkata, kes kecemasan seperti ini bukanlah yang pertama dihadapinya selaku pegawai bomba.

Katanya, katanya, pernah juga ada kes di mana wanita terpaksa melahirkan anak di balai bomba akibat masalah kesesakan untuk ke hospital yang memaksa mangsa singgah ke balai bomba untuk meminta bantuan dihantar ke hospital berhampiran.

“Ada juga kes di kawasan pedalaman yang mana wanita terpaksa melahirkan anak di dalam helikopter bomba semasa dalam penerbangan ke hospital.

“Menerusi pengalaman seperti ini, jabatan ini akan sentiasa menerapkan ilmu berkaitan kes kecemasan kepada pasukan bomba terutama kepada unit EMRS supaya lebih bersedia,” katanya.

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan