34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Peniaga Nasi Lemak Kak Chah terkejut ramai tampil bersedekah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG peniaga makanan tidak menyangkakan tindakannya menampal kertas mempelawa pelajar tiada duit untuk makan beberapa hari lalu tular sehingga ramai rakyat Malaysia yang menyuarakan hasrat untuk turut sama bersedekah kepada pelajar.

Siti Aishah Othman atau dikenali sebagai Kak Chah, 32, yang baru sebulan berniaga di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyatakan, sejak tular, ramai pelajar yang datang untuk mengambil nasi lemak yang telah diinfak.

“Alhamdulillah harini makin ramai adik adik pelajar datang ambik nasi lemak sumbangan penginfak.

“Sesetengah tu malu malu datang bisik tanya di sini ke boleh makan nasi percuma?

“Masih belum ada yang ambik kesempatan. Alhamdulillah. Yang mampu tetap hulurkan duit. Pensyarah, staf juga makin ramai yang beli dan tinggalkan baki untuk pelajar,” kongsinya dalam media sosial Facebooknya hari ini.

Kak Chah juga menyifatkan usaha yang dilakukannya itu adalah kecil namun menjadi besar kerana wujudnya rakyat Malaysia yang berjiwa besar.

“Kalau sebelum tular saya hanya mampu peruntukkan 10 pek setiap hari untuk sedekah. Lepas tular saya sendiri dah tak berpeluang untuk teruskan sedekah 10 pek tu…sebab ramai rakyat Malaysia pemurah dan minta saya buat sedekah bagi pihak mereka.

Advertisements

“Setakat ni setiap hari hanya mampu selesaikan amanah seorang penginfak sahaja. Sebab sendiri masak sendiri pandu ke gerai dan sendiri jual . Kudrat terhad,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia.

“Moga usaha ni akan menjalar di tempat lain juga. Tiada lagi pelajar yang perlu belajar dalam keadaan perut lapar,” katanya.

Terdahulu Edisi9 melaporkan tular di media sosial kebaikan hati seorang peniaga makanan di Skudai, Johor apabila menampal kertas mempelawa pelajar yang tiada duit untuk makan di premisnya.

Inisiatif sejak dua hari lepas itu menyebabkan ramai pelajar beratur seawal pukul 7 pagi untuk mengambil nasi lemak biasa yang lengkap dengan ikan bilis, timun, kacang, dan telur secara percuma.

Difahamkan, ibu kepada seorang cahaya mata itu hanya sempat belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam selama setahun pada 2010 kerana mengalami masalah kewangan dan memahami apa yang dilalui oleh seorang pelajar.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan