30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Pelajar Malaysia menang Anugerah Donald Janssen Dine di AS

Pelajar Princeton University itu berjaya menewaskan tiga pelajar lain bagi memenangi anugerah penyelidikan tersebut

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa, Kelantan, Ainil Asyikin Norazman berjaya mengharumkan nama negara apabila mendapat tempat pertama Anugerah Donald Janssen Dine di Amerika Syarikat.

Pelajar Princeton University itu berjaya menewaskan tiga pelajar lain bagi anugerah The Donald Janssen Dike Award for Excellence in Undergraduate Research.

Pejabat Majlis Amanah Rakyat Amerika Syarikat (Mara USA) berkata, melalui kajian bertajuk Automated Defect Detection: An End-to-end Pipeline From Data to Deployment itu turut melayakkan Ainil Asyikin meraih USD2,000.

“Atas kecemerlangan ini juga, nama beliau telah dicalonkan untuk berada dalam Sigma Xi, salah sebuah pertubuhan professional antarabangsa yang terlibat dalam pelbagai displin kajian sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

“Terdapat lebih 200 penerima anugerah Nobel dunia merupakan ahli kepada Sigma Xi seperti Albert Einstein (Theory of Relativity), Enrico Fermi (Creator 1st Nuclear Reactor), Linus Pualing (American Biochemist), Francis Crick (DNA molecular biologist), James Watson (Geneticist) dan John Goodenough (Scientist),” kata Mara USA menerusi Facebook hari ini.

Advertisements

Katanya, kajian berkenaan mengupas penyelesaian permasalahan dalam bidang industri pembuatan kepada penggunaan teknik yang boleh menjimatkan masa dan kos kepakaran dalam mengesan sesuatu kerosakan.

Ainil Asyikin mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal sejak Ogos 2017 di Princeton University, New Jersey yang merupakan salah sebuah universiti dalam Ivy League.

Kecemerlangan beliau sudah bermula sejak di MRSM dan menjadi penerima Anugerah Biasiswa Perdana sehingga melayakkan beliau membuat persediaan ke luar negara di bawah United World College bertempat di IB World School, Las Vegas, New Mexico.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan