25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

55 rumah terjejas banjir kilat di Gurun

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 55 buah rumah di kawasan perumahan di Taman Gurun Jaya, Kampung Ibor dan Kampung Pulau Chengai di Gurun, Kedah terjejas akibat banjir kilat selepas berlaku hujan lebat berterusan sejak tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 hingga 7 pagi itu, seramai 16 mangsa telah diselamatkan oleh anggota bomba dan dipindahkan ke lokasi yang selamat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada pukul 4.35 pagi.

Beliau berkata, pihaknya telah mengarahkan satu jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Guar Chempedak ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati telah berlaku banjir sedalam 0.3 hingga 1.2 meter di tiga kawasan perumahan tersebut.

Advertisements

“Anggaran paras air di kawasan Taman Gurun Jaya dan Kampung Pulau Chengai ialah sedalam 0.3 meter manakala Kampung Ibor pula sedalam 1.2 meter,” katanya lapor Kosmo!.

Menurut beliau, komander operasi memaklumkan setakat ini terdapat seramai 55 mangsa terdiri daripada 10 orang dari Taman Gurun Jaya, 42 orang dari Kampung Ibor dan tiga orang dari Kampung Chengai

“Seramai 24 orang lelaki, 22 orang wanita dan sembilan orang kanak-kanak telah dikenal pasti dengan 16 daripada mereka telah dipindahkan ke lokasi selamat.

“Kebanyakan mangsa yang diselamatkan telah dipindahkan ke rumah ahli keluarga mereka di kampung berdekatan dan tiada pusat pemindahan yang dibuka setakat ini,” ujarnya.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan