26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Cubaan 4 PATI menyusup masuk ke Sabah, gagal

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIM Quick Reaction Force (QRF) di bawah pemerintahan Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (KATB 2) berjaya mengagalkan cubaan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia yang cuba menyusup masuk ke Sabah secara haram.

Kumpulan PATI itu ditangkap dalam rondaan Op Benteng Bersama oleh Tim QRF pada jam 6.35 petang semalam.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata, pasukan itu telah terserempak dengan empat individu yang mencurigakan bergerak secara berkumpulan di pinggir ladang kelapa sawit Jalan Apas, Membalua Tawau.

Katanya, pasukan itu kemudian bertindak menghampiri dan menahan semua individu tersebut bersama barangan persendirian bagi melaksanakan pemeriksaan awal dokumen.

“Hasil pemeriksaan mendapati mereka adalah lelaki dewasa warganegara Indonesia berusia dari 19 hingga 23 tahun dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Mereka memasuki Malaysia tanpa kebenaran sah melalui perairan Tawau dan dipercayai dari Pulau Sebatik, Indonesia berdasarkan barangan persendirian yang dibawa,”katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, Tim QRF kemudian telah melaporkan kejadian itu kepada Pegawai Bertugas Pusat Operasi Wilayah Bersama (POWB) ATB 2 dan diarahkan membawa semua PATI berkenaan ke IPD Tawau untuk laporan polis.

Katanya, semua mereka beserta barangan persendirian telah diserahkan kepada IPD Tawau untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 sabit kesalahan iaitu tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah.

Abdul Karim menzahirkan ucapan tahniah kepada semua anggota bertugas di POWB ATB 2, Pasukan QRF dan polis atas kejayaan itu.

“Kerjasama erat antara perkhidmatan ATM dan polis membuktikan fungsi serta peranan pasukan keselamatan dalam menjamin keselamatan dan kemakmuran Perairan Pantai Timur Sabah sentiasa berada ditahap terbaik.

“Melalui pelaksanaan Op Pasir dan Op Benteng Bersama di bawah naungan ATB 2 secara berterusan, kita jamin pelaksanaan operasi secara efektif dengan misi yang terfokus dalam menjaga kedaulatan Perairan Pantai Timur Sabah sentiasa diperkasakan dengan kukuhnya,” kata beliau.

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan