27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA dipilih tema Hari Guru 2022

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TARIKH keramat 16 Mei setiap tahun pasti akan sentiasa ditunggu-tunggu bukan hanya oleh para guru, bahkan rakyat Malaysia baik dari peringkat kanak-kanak hinggalah berusia emas.

Tarikh berkenaan merupakan tarikh bagi seluruh Keluarga Malaysia merayakan sambutan hari guru bermula di peringkat sekolah hinggalah kebangsaan, mahupun secara peribadi bagi menghargai sumbangan guru mendidik anak masing-masing.

Setelah dua tahun sambutan dilaksanakan dengan batas serta norma pandemik Covid-19 iaitu secara maya, tahun ini dijangka Sambutan Hari Guru akan lebih meriah serta bermakna melalui aktiviti bersemuka.

Bertepatan dengan sambutan yang hanya berbaki kurang seminggu lagi, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin telah mengumumkan tema sambutan Hari Guru tahun ini pada 30 March lalu adalah ‘Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’.

Menurut Kementerian Pendidikan (KPM), guru merupakan tunjang terpenting dalam sistem pendidikan negara.

“Peranan dan kefungsian guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada murid, guru juga memastikan murid yang lahir daripada sistem pendidikan negara mempunyai sahsiah serta daya saing yang tinggi melalui penjiwaan amalan baik yang diterapkan di sekolah secara semula jadi.

“Penjiwaan amalan baik merupakan pembudayaan nilai murni, kemahiran dan sikap positif yang dibangunkan dalam diri murid.

Menurut kenyataan berkenaan, peranan guru ialah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menerapkan 14 elemen SEJAHTERA di dalam dan luar kelas untuk dijadikan amalan dalam kehidupan murid di sekolah dan luar sekolah.

Katanya, akronim yang menggabungkan 14 elemen nilai-nilai murni yang memberi penerapan dalam aspek nilai-nilai murni.

Huruf “S” membawa maksud selamat, seronok dan sihat, huruf “E” pula bermaksud etika dan empati manakala “J” bermaksud jati diri, huruf “A” bermaksud adab sopan.

Huruf “H” bermaksud harmoni, huruf “T” bermaksud tekun, teliti, dan terampil, huruf “E bermaksud eksplorasi, huruf “R” bermaksud rasional dan huruf “A bermaksud artikulasi.

Berikut merupakan tema Hari Guru dalam tempoh 50 tahun.

• 2021 : Berguru Demi I|mu, Bina Generasi
Baharu
• 2020 : Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi
Baharu
• 2019 : Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
• 2018 : Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
• 2017 : Guru Pembina Negara Bangsa
• 2016 : Guru Pembina Negara Bangsa
• 2015 : Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
• 2014 : Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
• 2013 : Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda
• 2012 : Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
• 2011 : Guru Penjana Transformasi Pendidikan
Negara
• 2010 : Guru Pembina Negara Bangsa
• 2009 : Guru Pembina Negara Bangsa
• 2008 : Guru Cemerlang Negara Terbilang
• 2007 : Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
• 2006 : Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
• 2005 : Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
• 2004 : Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
• 2003 : Guru Berkualiti Aspirasi Negara
• 2002 : Guru Berkualiti Aspirasi Negara
• 2001 : Memartabatkan Profesion Keguruan
Tanggungjawab Bersama
• 2000 : Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
• 1999 : Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
• 1998 : Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
• 1997 : Guru Bestari Sekolah Bestari
• 1996 ; Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
• 1995 : Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
• 1994 : Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan
Wawasan
• 1993 : Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan
Wawasan
• 1992 : Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
• 1991 : Ke Arah Pendidikan Cemerlang
• 1990 : Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
• 1989 : Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 : Guru Pengasas Budaya Membaca
• 1987 : Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
• 1986 : Pendidikan Teras Nasionalisme
• 1985 : Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan
Pendidikan
• 1984 : Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan
Pendidikan
• 1983 : Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
• 1982 : Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
• 1981 : Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
• 1980 : Pendidikan Teras Perpaduan Negara
• 1979 : Murid Sejahtera Negara Jaya
• 1978 : Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
• 1977 : Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan
Pendidikan
• 1976 : Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
• 1975 : Guru dan Pembangunan Negara
• 1974 : Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan
Teknologi
• 1973 : Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan
Pendidikan
• 1972 : Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

-EDISI9

Terkini

Warga Israel bersama 6 pucuk senjata api ditahan

SEORANG lelaki warga Israel ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama enam pucuk pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang,...

Lagi Artikel Berkaitan