25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 27, 2022

PRU-15: Tok Mat akan jelajah negara tinjau persiapan parti

Mesti Baca

TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bercadang untuk turun ke setiap negeri bagi melihat sendiri persiapan jentera parti dalam mengharungi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Secara berterus terang, beliau bimbang kesiapsiagaan jentera parti tidak seperti yang diharapkan dan ini boleh menjejaskan keupayaan parti itu untuk kembali memerintah negara.

Sambil memberi contoh kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka, beliau yang juga Pengerusi Jentera Pilihan Raya BN berkata, keadaan PRU-15 tidak sama dengan PRN kerana masing-masing akan bergerak atas keupayaan sendiri.

“Dalam PRN bolehlah sebab ada bantuan daripada negeri-negeri dan bahagian lain, tapi dalam PRU semua bergantung kepada jentera negeri dan kawasan masing-masing,” katanya selepas merasmikan Wacana Aspirasi UMNO (WAU) di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum itu, Mohamad berkata, UMNO tidak boleh terjun dalam PRU-15 selepas pemilihan parti dibuat kerana ia umpama membunuh diri.

Baca juga:   Kisah Rayan mendapat perhatian dunia kerana 'kuasa viral'
Mohamad Hasan berucap merasmikan Wacana Aspirasi UMNO sempena Ulang Tahun Ke-76 parti itu di Kuala Lumpur hari ini.

Ini kerana, kata beliau, dalam pemilihan parti akan ada mereka yang kalah dan menang, termasuk di peringkat akar umbi sekali gus menjejaskan jentera yang sudah dipersiapkan.

“Bila ada pemilihan akan berlaku perpecahan. Apabila PRU-15 selepas pemilihan, jentera pilihan raya tidak sempat untuk dipersiapkan semula. Kita tak boleh terjun dalam PRU secara membunuh diri,” katanya.

Atas sebab itulah beliau berkata, UMNO akan membuat pindaan Perlembagaan parti bagi membolehkan pemilihan akan dijalankan hanya enam bulan selepas PRU.

Baca juga:   Zahid akan tawar diri sebagai PM, bukan Anwar?

Bagaimanapun katanya, pindaan itu tidak melibatkan tempoh pemilihan parti iaitu tiga tahun sekali, serta penangguhan 18 bulan yang sudah termaktub sebelum ini.

Ditanya sama ada pindaan Perlembagaan parti yang membabitkan penambahan klausa 10.1.6 akan diterima oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), Mohamad berkata, sepatutnya ia tidak ada masalah.

Ini kerana, jelas beliau ROS adalah badan pemantau dan mereka tidak boleh masuk campur dalam urusan parti.

Untuk rekod, UMNO akan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 14 Mei ini bagi memuktamadkan keputusan Perhimpunan Agung parti baru-baru ini berhubung penangguhan pemilihan selepas PRU.

Sementara itu, Mohamad menegaskan, UMNO tidak boleh menjadi sebuah parti yang pegun, rigit dan syok sendiri sebaliknya perlu mendengar pandangan pihak luar.

“Jangan syok sendiri. Bawa pemegang taruh, belia, NGO atau siapa sahaja yang ingin menyumbang. UMNO perlu buka telinga, minda dan hati menerima pandangan-pandangan ini,” katanya.

Baca juga:   Zahid akan tawar diri sebagai PM, bukan Anwar?

Atas sebab itulah, katanya, WAU diadakan bagi membolehkan parti mendapat pandangan dan kritikan daripada pihak lain bagi menyusun strategi dan memperbaiki diri. – Edisi 9

Terkini

SFC digesa tangani konflik buaya, manusia – Wan Junaidi

SARAWAK Forestry Corporation (SFC) digesa mengambil langkah proaktif dan holistik bagi menangani insiden serangan buaya yang semakin kerap berlaku...

Lagi Artikel Berkaitan