30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Maqis rampas 27 tan pelbagai organ kerbau sejuk beku dari India

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang rampas hampir 27 tan pelbagai organ kerbau sejuk beku semasa pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di Butterworth di sini Sabtu lalu.

Pengarah Maqis negeri, Muhammad Ikram Abd. Talib berkata, dalam pemeriksaan itu pihaknya telah menyita 2,516 kotak mengandungi produk ruminan sejuk beku dari India seberat 26,988 kilogram (kg) dipercayai menggunakan maklumat tidak tepat dan mengelirukan.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati keseluruhan dagangan diimport itu merupakan bahagian kerbau terdiri daripada 1,000 kg hock tendon, ekor (2,988 kg), hati (6,000 kg) dan jantung (17,000 kg).

“Kesemua produk berkenaan dianggarkan bernilai RM262,079.63 dan ditahan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Kosmo!.

Muhammad Ikram berkata, penggunaan maklumat tidak tepat dan mengelirukan akan disiasat di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Maqis sentiasa melakukan pemeriksaan keluaran pertanian di setiap pintu masuk negara bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar selain mematuhi syarat yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Terkini

Pembelaan Zahid terhadap Najib tulus sejati, tidak pernah dijaja

PEMBELAAN Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tulus dan sejati...

Lagi Artikel Berkaitan