27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Lori bawa muatan lebih had sehingga 140 peratus – JPJ

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan tindakan menyita dan tidak melepaskan beberapa kenderaan berat baru-baru ini adalah disebabkan mereka membawa muatan melebihi had dalam lingkungan antara 70 hingga hampir ke 140 peratus.

Menerusi kenyataan JPJ berkata, kenderaan berat yang dilesenkan untuk membawa muatan adalah tidak dibenarkan melebihi had berat mengikut kapasiti teknikal yang ditetapkan.

Katanya, kenderaan berat yang membawa lebih muatan berisiko kepada kemalangan maut akibat kegagalan fungsi brek dan kegagalan teknikal kenderaan yang sering menjadi punca kemalangan.

“Dimaklumkan juga bahawa keputusan kes bagi tindakan ini adalah tertakluk kepada bidang kuasa pihak mahkamah.

“Justeru, pihak syarikat pengangkutan terlibat dinasihatkan memohon dan menyelesaikan perkara tersebut berdasarkan prosedur yang ditetapkan di bawah Seksyen 57 dan Seksyen 80 [Akta 715] dengan pihak mahkamah berkenaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Terdahulu media melaporkan, sekumpulan pemandu hilang punca pendapatan selepas lori milik mereka tidak dilepaskan daripada sitaan JPJ sejak sembilan lalu walaupun mendakwa sudah menjelaskan kompaun atas kesalahan lebih muatan.

Mengulas lanjut, JPJ berkata, jabatan itu sentiasa memikul amanah dalam menguatkuasakan undang-undang dan peraturan jalan raya serta tidak berkompromi dengan mana-mana pihak.

“Ini bagi mengurangkan risiko kemalangan dan kehilangan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

“Jabatan ini menyeru agar semua pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya serta bekerjasama ke arah mengurangkan bilangan kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan