26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

50,000 hektar untuk tanaman padi di Sabah, Sarawak – Zahid

Mesti Baca

KERAJAAN sudah mengenal pasti kawasan seluas 50,000 hektar di Sabah dan Sarawak untuk pelaksanaan projek penanaman padi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu dipersetujui secara prinsip oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, namun pelaksanaannya memerlukan sedikit masa.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, peruntukan projek itu yang dikeluarkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah perlu dikoordinasikan dengan Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak, selain perlu mendapatkan persetujuan daripada pemilik tanah terutama yang membabitkan tanah adat.

“Jenis padi yang akan ditanam pula adalah mengikut kesesuaian tanah di Sabah dan Sarawak. Saya fikir kosnya di sini agak tinggi, namun itu perkara kedua, apa yang penting mesti ada kemampuan sara diri, maknanya self-sufficiency untuk bekalan beras,” katanya selepas menghadiri program Santuni Rakyat di Sekolah Kebangsaaan (SK) Haji Bujang, Sebangan, Sebuyau, semalam. 

Advertisements

Turut hadir, Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang dan Menteri Utiliti dan Komunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi.

Ahmad Zahid Hamidi semasa program Santuni Rakyat di SK Haji Bujang, Sebangan, Sebuyau. – Foto: FB

Ahmad Zahid berkata, penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman wajib diberi keutamaan untuk sebarang projek pembangunan terutama di Sarawak, dengan 1.4 juta penduduknya tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Sarawak sudah mencapai kemerdekaan selama 60 tahun, menjadi tanggungjawab bersama Kerajaan Persekutuan dan negeri membangunkan kawasan luar bandar dan pedalaman,” katanya.

Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan RM10 juta khusus bagi pembinaan Pusat Giat MARA di Sebangan yang akan dilaksanakan pada tahun ini. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan