27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Kembara Cuti-cuti Malaysia bersama The Girls Republique

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 12 pempengaruh media sosial yang bernaung di bawah jaringan The Girls Republique menyertai program Kembara Cuti- Cuti Malaysia The Girls Republique bermula hari ini.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr. Ammar Abd. Ghapar berkata, kesemua mereka bakal menghasilkan kandungan media sosial serta mempromosikan destinasi-destinasi pelancongan menarik di sekitar Kelantan dan Pahang.

Jelasnya, program kerjasama strategik bersama Tourism Malaysia itu antara lain bertujuan memberikan inspirasi kepada rakyat khususnya Generasi Z supaya lebih aktif melancong di dalam negara sekali gus merancakkan lagi kempen pelancongan domestik.

“Selain daripada acara yang dirancang, peserta juga akan singgah di beberapa hentian menarik sepanjang perjalanan, lantas menjadikan pengalaman ini lebih bermakna dan mengujakan dengan beberapa elemen kejutan semasa bercuti,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Antara lokasi pelancongan yang dilawati termasuklah Muzium Negeri Kelantan, Street Art Kota Bharu, Kampung Kraftangan, Pantai Senok dan Pantai Nusuk di Kelantan.

Di Pahang, aktiviti pelancongan yang diketengahkan pula melibatkan kawasan Cherating seperti menyaksikan kelip-kelip dan menelusuri mangrove river cruise selain meluncur di Cherating.

Ammar berkata, generasi muda pada masa kini, gemar meneroka serta mencuba pengalaman baharu dan menjelajah ke tempat-tempat menarik bagi menenangkan minda daripada rutin harian yang sibuk.

“Video-video promosi yang dihasikan akan digerakkan menerusi strategi cross- platform promotion untuk memastikan capaian yang lebih meluas di kedua-dua laman media sosial Instagram dan TikTok di bawah kendalian The Girls Republique dan Tourism Malaysia, bermula Oktober ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan