32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Tiga premis kotor, jijik di Bukit Bintang diarah tutup serta-merta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MASIH tidak memuaskan…

Begitulah yang dapat dirumuskan menerusi Operasi Penguatkuasaan Malam yang dilaksanakan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke atas premis makanan atau minuman di sekitar Bukit Bintang.

Bukan sahaja kotor dan jijik malahan peralatan masakan juga tidak diuruskan dengan baik.

DBKL menerusi kenyataan berkata, dalam operasi yang dijalanlan pada malam Jumaat lalu, sejumlah 19 premis telah dilawati.

“Namun sebuah premis tidak beroperasi manakala 18 premis diperiksa.

Advertisements

“Hasil daripada pemeriksaan, tiga premis telah dikenakan tindakan penutupan di bawah UUK 28(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016.

Kelihatan bahan-bahan mentah tidak diuruskan dengan baik, malah kotor.

“DBKL turut mengeluarkan sebanyak 29 kompaun atas pelbagai kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan WPKL 2016,” katanya.

DBKL berkata, tindakan yang dikenakan atas pelbagai kesalahan, khususnya berkaitan pengendalian bahan mentah, peralatan masakan serta kebersihan premis.

Berikutan itu, DBKL menasihatkan kepada pemilik presmi supaya jangan mengambil ringan soal kebersihan.

“Orang ramai juga perlu perhatikan juga rating kebersihan premis yang dikunjungi kerana pilihan di tangan anda,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan