27.6 C
Kuala Lumpur
Monday, December 2, 2024

Pembelian panik punca bekalan beras tempatan kurang – Mat Sabu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KENAIKAN harga beras import telah mengakibatkan pembelian panik berlaku dalam kalangan rakyat sehingga menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan beras putih tempatan.

Menteri Pertanian Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ini kerana sebelum ini beras putih tempatan tidak dipedulikan orang ramai termasuk golongan peniaga.

Dan apabila berlaku pada kenaikan harga beras import, semua kelompok mencari beras tempatan yang jauh lebih murah sehingga menyebabkan berlakunya permintaan yang terlalu tinggi.

“Kejadian membeli beras putih tempatan ini kerana ia berlaku pembelian panik. Bila harga beras import meningkat. Sebelum ini beras tempatan tidak dipedulikan sangat termasuk peniaga.

“Tetapi apabila harga beras import naik, mereka mencari beras tempatan. Maka beras tempatan menjadi permintaan utama yang menyebabkan berlaku sedikit kekurangan di pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikain ketika menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.

Advertisements

Mohamad berkata, langkah intervensi yang dilakukan kementerian bukan sahaja melibatkan elemen penguatkuasa semata-mata tetapi menerusi pelbagai sesi libat urus bagi mendapatkan input daripada semua pihak berkepentingan dalam industri.

Katanya, ia bagi meredakan kebimbangan mengenai kekurangan beras putih tempatan.

“Antara sesi libat urus yang telah dilaksanakan, 20 Julai lalu bersama peruncit pasar raya, pengilang padi dan pemborong beras (27 Ogos) dan persatuan peniaga (15 September).

“Mereka telah bersetuju memberi tawaran lesen borong kepada peniaga makanan yang bernaung di bawah persatuan perniagaan.

“Melalui lesen borong ini peniaga makanan dapat menikmati pembelian beras putih tempatan pada harga borong iaitu RM160 bagi 50 kilogram (kg) pada harga pintu gudang,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PAPTI rangka pelbagai program sambut jubli emas tahun depan

PERSATUAN Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) merangka pelbagai program  bagi menyambut Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 penubuhannya tahun depan. Presiden...

Lagi Artikel Berkaitan