31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Tiga lagi banduan larikan diri ditahan, seorang masih bebas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIGA lagi banduan yang melarikan diri dari Penjara Jelebu, pada Ahad lepas ditahan di kawasan semak Jalan Purun, Kuala Klawang, di Negeri Sembilan, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, Mohamad Aminuddin Khan Mohd Yusof, 28; Mazlan Samah, 39, dan seorang warga Indonesia dikenali sebagai Zainuddin, 62, ditahan pada pukul 10 malam dan direman empat hari bermula hari ini.

“Operasi mengesan seorang lagi banduan yang masih bebas iaitu Muhammad Syafiq Rohmat, 32, dipanggil Umai masih lagi diteruskan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu di talian 06-6136 222 atau pegawai penyiasat Insp Zuria Anis Mahassan di talian 016-6096 996.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan sebarang berita tidak tepat yang boleh mengganggu ketenteraman awam dan siasatan polis,”katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi di Blok Muhasabah 2, Penjara Jelebu, kesemua banduan terbabit dipercayai telah melarikan diri melalui lubang siling serta keluar melalui lubang pagar yang disyaki dipotong menggunakan pemotong besi, menuju ke semak di belakang penjara itu. – Bernama

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan