32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Singapura catat 13,208 kes baharu COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SINGAPURA melaporkan 13,208 kes baharu akibat jangkitan COVID-19 semalam, peningkatan tiga kali ganda berbanding hari sebelumnya.

Memetik laporan Bernama, republik itu juga melaporkan enam kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menurut data Kementerian Kesihatan (MOH) yang diterbitkan menerusi laman webnya.

Sepanjang 28 hari lepas, data menunjukkan bahawa 85,357 orang telah dijangkiti virus berkenaan dengan 99.7 peratus tidak menunjukkan sebarang gejala atau hanya simptom tidak ketara.

Daripada jumlah itu, 0.3 peratus memerlukan bantuan oksigen dan sokongan dan 0.04 peratus ditempatkan di unit rawatan rapi.

Advertisements

Kadar jangkitan mingguan di Singapura berada pada 1.39 semalam, meningkat daripada 1.23 pada hari sebelumnya.

Jumlah kes akibat COVID-19 di negara itu kini mencecah 379,681 dengan 866 kematian.

Sehingga 3 Februari, 89 peratus penduduknya telah lengkap divaksin atau menerima dua dos vaksin COVID-19 dan 59 peratus telah menerima suntikan penggalak.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan