33.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023

Aliran trafik lebuh raya utama masih lancar dan terkawal

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya utama masih lancar dan terkawal setakat jam 10 pagi tadi.

Ini dapat dilihat menerusi aliran trafik menuju utara dan selatan negara lancar susulan sebelum ini orang ramai mengambil peluang pulang ke kampung mulai 28 Januari lalu.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam laporan di media sosial memaklumkan, trafik di utara Semenanjung iaitu di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) dan Lebuh Raya Lingkaran Butterworth (LLB) lancar dan terkawal, termasuk di lokasi berhampiran plaza tol.

Sementara itu, di selatan tanah air, trafik di PLUS, Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuh Raya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuh Raya Seremban-Port Dickson masih dalam keadaan lancar dan terkawal, termasuk di lokasi plaza tol.

Di kawasan timur pula, trafik keseluruhannya juga masih lancar dan terkawal di sepanjang laluan utama lebuh raya Kuala Lumpur-Karak, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 1 termasuk lokasi sekitar plaza tol.

Baca juga:   Aliran trafik di lebuh raya utama perlahan

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Edisi 9, semalam melaporkan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihatkan pengguna lebuh raya itu dari utara dan selatan yang ingin kembali ke Lembah Klang semalam sehingga 6 Februari ini supaya mematuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dan mula memasuki lebuh raya sebelum jam 9 pagi.

Baca juga:   PLUS saran pengguna masuk lebuh raya sebelum 9 pagi

Menurut PLUS, jumlah trafik meningkat pada bari kedua sambutan Tahun Baharu Cina (2 Februari) apabila Lebuhraya Utara-Selatan menyaksikan lonjakan trafik dari semua negeri dan ia dijangka berulang pada 5 dan 6 Februari (Sabtu dan Ahad).

“Ini berikutan orang ramai yang mengambil cuti tambahan sempena cuti sekolah akan memulakan perjalanan kembali ke Lembah Klang.

“Kami menggesa orang ramai supaya merancang perjalanan pulang yang selamat dengan merujuk kepada TTA dikeluarkan,” kata Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.- Edisi 9

Wartawan

Terkini

Ahli Dewan Rakyat wajib jalani pemeriksaan kesihatan setahun sekali – TPM

AHLI Dewan Rakyat sama ada daripada kerajaan mahu pun pembangkang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setahun sekali bermula pada sesi persidangan Dewan...

Lagi Artikel Berkaitan