32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Pensyarah rugi RM300,000 ditipu ‘pegawai LHDN’

Seorang lagi pensyarah wanita menerima nasib sama apabila kerugian RM50,000 ditipu 'pegawai polis'

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pensyarah wanita kerugian sebanyak RM300,000 apabila wang simpanannya dipindahkan ke beberapa akaun bank tidak dikenali atas arahan seseorang yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Mangsa berusia 49 tahun diarah berbuat demikian oleh ‘pegawai’ terbabit kononnya atas faktor keselamatan berikutan namanya digunakan pihak lain dalam urusan pendaftaran sebuah syarikat menyebabkan dia terpaksa membayar tunggakan cukai mencecah RM33,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, nasib menimpa mangsa bermula pada 11 Disember lalu selepas menerima panggilan daripada seorang wanita memperkenalkan diri sebagai pegawai LHDN dan memaklumkan mengenai tunggakan cukai syarikat tersebut.

Beliau berkata, mangsa yang menafikan kaitannya dengan syarikat itu telah diarahkan supaya memindahkan wang simpanannya ke akaun bank yang diberikan bagi tujuan keselamatan dan semakan Bank Negara.

Advertisements

“Mangsa akur apabila membuat 19 transaksi pindahan wang daripada akaun banknya ke beberapa akaun bank atas nama individu lain dalam tempoh 11 Disember tahun lalu hingga kali terakhir pada Selasa lalu melibatkan jumlah keseluruhan RM300,000.

“Selepas selesai membuat pindahan wang seperti diarahkan, mangsa mula curiga dan syak telah ditipu lalu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Wazir berkata, dalam kes tersebut, mangsa dipercayai telah menjadi mangsa sindiket penipuan Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai LHDN.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lagi pensyarah wanita berdepan nasib sama apabila kerugian RM50,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan didalangi individu menyamar sebagai pegawai polis. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan