27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Maszlee kembali jadi pensyarah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKAS Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik kembali dalam bidang pendidikan apabila dilantik sebagai pensyarah di sebuah universti di Cyberjaya.

Maszlee yang juga bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam memaklumkan, beliau akan mengajar kuliah berkaitan sains sosial dan pendidikan.

“Kembali mengajar. Terima kasih University of Cyberjaya di atas kepercayaan yang telah diberikan.

“Saya akan memberikan kuliah tajuk-tajuk berkaitan dengan sains sosial dan pendidikan,” katanya menerusi Facebook malam tadi.

Advertisements

Untuk rekod, sebelum menyertai arena politik, Maszlee pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak.

Beliau dilantik sebagai Menteri Pendidikan selepas menang kerusi Parlimen Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) atas tiket Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dalam pada itu, Maszlee berkata, terdapat suara-suara sumbang yang mempertikai kredibiliti beliau sebagai pensyarah universiti.

“Ada yang mempertikaikan kelayakan saya untuk mengajar di universiti. Boleh rujuk pautan Google Scholar mengenai kajian-kajian saya, penerbitan dan impaknya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan