24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pensyarah Universiti Awam rugi RM1.3 juta ditipu ‘Inspektor Ku’

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pensyarah di sebuah Universiti Awam (UA) di Johor kerugian RM1.3 juta selepas menjadi mangsa penipuan Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, laporan daripada wanita berusia 41 tahun itu diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri pada Sabtu.

Menurutnya, mangsa mendakwa dihubungi individu yang memaklumkan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum disambungkan kepada pegawai polis bernama Inspektor Ku dari Sabah.

“Individu berkenaan mendakwa, mangsa terlibat dalam laporan pemalsuan Covid-19 di Sabah dan kemudiannya menyatakan mangsa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dan dadah.

“Inspektor Ku menawarkan untuk membantu mangsa membuka akaun bank dan mengarahkan mangsa menyerahkan kata laluan online bank serta mendaftarkan nombor telefon bimbit yang diberikan.

“Seterusnya mangsa telah memindahkan semua wang ke dalam akaun tersebut kononnya untuk simpanan sementara kes masih disiasat. Sebanyak RM1.3 juta telah dipindahkan antara Oktober hingga November ke akaun tersebut,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.

Ujar Kamarul Zaman lagi, mangsa sedar dirinya ditipu selepas membuat semakan pada awal bulan ini dan mendapati kesemua wang dari akaun telah dipindahkan ke beberapa akaun tidak dikenali.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menerima panggilan mendakwa terlibat dalam aktiviti jenayah dan juga mengarahkan wang dipindahkan ke akaun lain.

“Polis tidak akan berdiam diri dan kita menyarankan orang ramai memuat naik aplikasi Whoscall yang membolehkan kita mengesan panggilan daripada scammer,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan