25 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 9, 2023

Bung Moktar letak jawatan Presiden Safa

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) berkuat kuasa serta-merta.

Bung Moktar berkata, peletakan jawatan itu dibuat atas kerelaan dirinya sendiri selain mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya politik.

Menurutnya lagi, surat peletakan jawatan secara rasmi akan dihantar kepada Setiausaha Agung Safa dalam masa terdekat untuk dimuktamadkan.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Parlimen Kinabatangan itu mengakui sedikit kecewa dengan pencapaian turun naik pasukan Sabah FC.

Bagaimanapun menurutnya, sepanjang mengetuai badan induk bola sepak itu, pasukan telah berupaya melakukan perubahan dalam pencapaian selain pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi dapat dilaksanakan.

“Saya tetap gembira kerana sedikit sebanyak berjaya membawa perubahan kepada pentadbiran Safa dan beberapa kejayaan pasukan Sabah FC walaupun ia masih di tahap yang masih belum memuaskan.

“Mengurus badan induk bola sepak khususnya pasukan Sabah FC memerlukan sokongan serta dokongan daripada semua pihak terutama daripada peneraju utama kepimpinan negeri yang memerlukan kesungguhan untuk membantu Safa khususnya pasukan Sabah FC melangkah lebih jauh ke hadapan,” katanya.

Baca juga:   PGA7 rampas vape bernilai RM35,105 di Rantau Panjang

Beliau turut menegaskan sejak mengambil alih tampuk pentadbiran Safa, tiada sebarang agenda peribadi selain berhadapan dengan pelbagai cabaran dari segi kekangan waktu dan sumber kewangan untuk memajukan mutu serta pencapaian sukan bola sepak di negeri itu.

Baca juga:   PGA7 rampas vape bernilai RM35,105 di Rantau Panjang

“Menjadi harapan saya dan semua peminat yang selama ini menyanjung tinggi pasukan bola sepak Sabah agar terus memberikan sokongan kepada pengganti saya,” katanya.

Untuk rekod, Bung Moktar memegang tampuk pentadbiran badan induk berkenaan sejak Jun 2021.

Sebelum itu, pada Disember 2020 ahli majlis tertinggi Safa sebulat suara bersetuju melantik Bung Moktar sebagai pemangku Presiden Safa dan disahkan sebagai Presiden Safa menerusi mesyuarat agung luar biasa Safa pada Jun 2021.

Bung Moktar yang juga Pengerusi UMNO Sabah ketika ini terpalit dengan dakwaan cubaan menumbangkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)- Barisan Nasional (BN) dan ia dikuatkan lagi dengan pengumuman UMNO dan BN Sabah menarik sokongan terhadap Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Musim meroyan dalam kalangan bekas pemimpin UMNO

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi secara sindiran mengatakan musim meroyan dapat dilihat berlaku...

Lagi Artikel Berkaitan