26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Gara-gara kerbau, 2 penunggang maut kemalangan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA lelaki maut selepas motosikal ditunggangi mereka terlanggar kerbau dalam dua kejadian berasingan di Pekan, Pahang, awal pagi ini.

Kejadian pertama berlaku pada pukul 12.20 tengah malam di Kilometer 4 Jalan Pekan-Batu Balik mengorbankan seorang lelaki.

Manakala kejadian kedua pada pukul 2 pagi tadi di Kilometer 4 Jalan Pekan-Nenasi mengorbankan seorang pelajar sekolah.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kejadian pertama berlaku ketika mangsa Mohd Azlan Abdul Aziz, 42, dalam perjalanan menunggang motosikal dari arah Batu Balik menghala ke Pekan.

“Apabila sampai di tempat kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS150R telah terlanggar kerbau yang berada di tengah jalan.

“Akibat kejadian motosikal dinaiki mangsa terbabas jatuh ke dalam parit sebelah kanan jalan dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah,” katanya hari ini.

Advertisements

Dalam pada itu, beliau berkata, kejadian kedua pada pukul 2 pagi di Kilometer 4 Jalan Pekan-Nenasi berlaku ketika mangsa Muhammad Syafiq Al-Syahmi Suhaime,18, dalam perjalanan menunggang motosikal dari Taman Permata menghala ke bandar Pekan.

“Apabila sampai di tempat kejadian motosikal jenis Yamaha 135 LC ditunggang mangsa telah terlanggar kerbau yang berada di tengah jalan.

“Akibat kemalangan penunggang motosikal tercampak ke atas jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987 dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan.

“Bedah siasat akan dilakukan terhadap mayat mangsa selepas keputusan ujian Covid-19 diterima,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan