34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

7 berita palsu, perkauman dan hina raja disiasat – Teo Nie Ching

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK tujuh kertas siasatan dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan penyebaran berita palsu, artikel kebencian berunsur perkauman dan melibatkan sentimen agama.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, tindakan itu diambil menerusi penubuhan Pasukan Khas Menangani Berita Palsu yang diwujudkan kementerian tersebut pada 1 Disember lalu.

Menurut beliau, pihaknya masih menunggu tindakan selanjutnya tentang siasatan berkenaan yang kini dalam tindakan Pejabat Peguam Negara.

“Kertas siasatan tersebut melibatkan kesalahan dalam penulisan artikel berkaitan berita kebencian, menghina raja-raja, perkauman dan juga sentimen agama. Ini penting kerana ia merupakan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong dan juga sultan-sultan di negara ini.

“Oleh itu, kita telah bekerjasama dengan PDRM dan Peguam Negara untuk memastikan sebarang kesalahan dibuat membabitkan perkara-perkara tersebut akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang,” katanya selepas melakukan kunjungan ke Pejabat Radio Televisyen Malaysia (RTM) Johor, hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Andrew Chen Kah Eng dan ADUN Johor Jaya, Liow Cai Tung.

Advertisements

Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai memberitahu, kerajaan bagaimanapun tidak berhasrat untuk menyekat akses masyarakat kepada dunia digital menerusi pelbagai platform media sosial.

“Sekarang media sosial sudah menjadi platform yang diguna pakai semua orang, kita tidak boleh hentikan akses mereka dan itu bukan hasrat kerajaan.

“Tetapi kita mahu didik dan tingkatkan literasi digital supaya rakyat menjadi lebih celik digital untuk mendapatkan info sahih, khususnya menerusi agensi berita tempatan,” jelasnya.

Dalam pada itu, pihaknya bersedia mengadakan perbincangan dengan syarikat telekomunikasi tempatan untuk menaik taraf mutu perkhidmatan internet, khususnya di kawasan kampus universiti di seluruh negara.

“Kalau mana-mana universiti berdepan masalah rangkaian internet, saya alu-alukan pihak universiti hubungi kami supaya kita boleh adakan mesyuarat,  kami akan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi agar kampus universiti ada perkhidmatan rangkaian yang bagus untuk mahasiswa.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan