25 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 9, 2023

Nak tengok bola di Bangkok? Ini pesan menteri…

Mesti Baca

ANDA penyokong Harimau Malaya dan bercadang untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua dengan Thailand di Bangkok, 10 Januari ini?

Sebelum anda membuat tempahan tiket kapal terbang, kereta api atau bas atau tiket masuk Stadium Thammasat, anda sebaiknya mendengar nasihat daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abd Aziz ini.

Beliau yang juga peminat sukan bola sepak ada berpesan kepada golongan suami yang bercadang menyaksikan perlawanan di Bangkok itu selepas Malaysia berjaya membenam skuad Gajah Perang di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Katanya, kemenangan 1-0 hasil jaringan Faisal Halim dalam aksi separuh akhir pusingan pertama Piala AFF itu belum selesa apatah lagi anak-anak buah Kim Pan Gon akan beraksi di tempat lawan pula selepas ini.

Namun, pesanan oleh Tengku Zafrul ini dianggap “win” apatah lagi ketika isu seorang pengarah terkenal bernikah di negara jiran itu sedang hangat diperkatakan ketika ini.

“Bagi golongan suami yang bakal ke Bangkok untuk menyokong Harimau Malaya, pastikan restu isteri diperolehi terlebih dahulu. Jangan sampai burn tiket match,” pesan penyokong kuat Liverpool FC itu menerusi twitternya malam tadi.

Baca juga:   Nahas pagi raya: Wanita maut, suami dan anak cedera

Tidak pasti sama ada pesanan itu hanya berseloroh atau serius, tetapi ada benarnya juga memandangkan sekarang ini ramai golongan isteri bimbang apabila suami-suami mereka bercadang mahu ke Thailand.

Baca juga:   Muhyiddin pengerusikan sidang khas MKN dari hospital

Yelah, bukan apa bimbang kalau-kalau mereka memberi alasan untuk tengok bola rupa-rupanya menghadap tok kadi. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Musim meroyan dalam kalangan bekas pemimpin UMNO

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi secara sindiran mengatakan musim meroyan dapat dilihat berlaku...

Lagi Artikel Berkaitan