25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 13, 2024

PAU hanya libatkan parti-parti komponen BN – Ahmad Maslan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERHIMPUNAN Agong UMNO (PAU) 2023 yang akan berlangsung pada 11 hingga 14 Januari ini hanya akan dihadiri oleh parti komponennya sahaja. 

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata,  selain itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan bukan hanya parti-parti politik lain tidak dijemput, malah juga duta-duta asing.

Menurutnya, setakat ini keputusan terbabit dibuat bagi memberi ruang kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta parti komponennya termasuk enam ‘Friends of BN’ untuk memberi tumpuan kepada isu dalaman parti.

“Kami membuat keputusan PAU kali ini adalah hanya antara parti-parti komponen sahaja. Mahu selesaikan perkara berkait UMNO dan BN sahaja.

“Bukan sahaja parti lain, malah duta asing yang sebelum ini kita jemput juga kita tidak jemput. Setakat ini itulah keputusan,” katanya dalam sidang akhbar di Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), di Pahang hari ini.

Ahmad Maslan hadir bagi memberi penerangan tentang isu-isu semasa terkini negara kepada 1,309 pimpinan UMNO bahagian seluruh negeri ini.

Ahmad memaklumkan tujuan program itu diadakan bagi memberi penjelasan tentang situasi semasa dan pembentukan Kerajaan Perpaduan. 

Advertisements

“Saya harap dengan penerangan yang diberikan, seluruh pimpinan yang hadir dapat memahami situasi Kerajaan Perpaduan selain mengingatkan untuk melakukan persiapan bagi menghadapi PAU minggu hadapan.

“Selain itu, program seumpama ini juga akan diadakan di enam negeri lain yang akan berhadapan dengan PRN (Pilihan Raya Negeri) pada bila-bila masa akan datang.

“Kita harap selepas PAU ini nanti seluruh jentera telah bersedia dan akan memberi tumpuan untuk menghadapi PRN pula,” katanya. 

Bagaimanapun katanya, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO masih belum memutuskan bagaimana bentuk kerjasama yang akan dilakukan antara parti politik lain dalam Kerajaan Perpaduan bagi mengadapi PRN terbabit.

“Kita sudah bekerjasama bentuk kerajaan. Kerjasama parti bagi menghadapi PRN belum diputuskan bagaimana rupa bentuknya. Parti masing-masing akan mesyuarat sendiri. Kami akan akan tumpu PRN selepas PAU.

“Bagaimana kerjasama belum ada mesyuarat lagi. Kita bincangkan kemudian. Dari segi pucuk pimpinan parti belum ada mesyuarat antara BN dan parti-parti lain,” katanya. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

1,091 projek naik taraf sekolah daif telah diluluskan – KPM

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) telah meluluskan sebanyak 1,091 projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara...

Lagi Artikel Berkaitan