31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Jumlah kediaman tidak terjual menurun – Ahmad Maslan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kediaman siap dibina tidak terjual menurun kepada 27,746 unit bernilai RM18.41 bilion pada Disember tahun lalu berbanding bulan sama 2021.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Johor merekodkan jumlah tertinggi kediaman tidak terjual dengan 5,285 unit bernilai RM4.33 bilion, diikuti Selangor (3,698 unit bernilai RM2.74 bilion), Pulau Pinang (3,593 unit bernilai RM2.74 bilion) dan Kuala Lumpur (3,429 unit bernilai RM3.15 bilion).

Katanya, bilangan di keempat-empat negeri berkurangan, setiap satu menurun 13.8 peratus, 39.3, 34.6 dan 12.2 peratus berbanding tahun lalu kerana serapan unit dalam lingkungan harga mampu milik (RM300.000 dan ke bawah).

“Pangsapuri khidmat juga menyaksikan penurunan 1.3 peratus dalam bilangan dan nilai dengan merekodkan 23,978 unit bernilai RM20.19 bilion.

“Johor merekodkan bilangan tertinggi dengan syer 58.9 peratus (14,132 unit) dan 60.6 peratus syer dalam nilai (RM12.23 bilion) tetapi bilangan dan nilai siap dibina tidak terjual setiap satu menurun 14.2 dan 13.5 peratus,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Dalam pada itu, beliau berkata, harga kediaman di negara ini kekal dengan pertumbuhan rendah.

Katanya, Indeks Harga Rumah Malaysia (IHRM) berada di 208.4 mata pada 2022 dengan pertumbuhan tahunan yang rendah pada 2.8 peratus. 

Sementara itu, Indeks Harga Rumah Teres berjaya mengekalkan pertumbuhan pada 3.7 peratus diikuti Indeks Harga Rumah Bertingkat Tinggi (3.4 peratus) dan Indeks Harga Rumah Berkembar (2.9 peratus). 

“Walau bagaimanapun, Indeks Harga Rumah Berkembar mencatatkan sedikit penurunan sebanyak 2.9 peratus.

“Negeri utama menyaksikan pergerakan bercampur di dalam Indeks Harga Rumah keseluruhan adalah Selangor, Johor dan Pulau Pinang masing-masing meningkat pada 3.4, 2.2 dan 3.2 peratus manakala Kuala Lumpur menurun pada 0.2 peratus,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan