30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

MOU PKNS, Samsung beri nilai tambah kepada pembeli

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERBADANAN Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengadakan kerjasama dengan Samsung Malaysia Electronics bagi memberikan nilai tambah kepada pembeli hartanahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata, Memorandum Persefahaman (MoU) ini merupakan satu lagi usaha bagi memastikan PKNS dapat memberikan kediaman selesa, moden serta dilengkapi peralatan terkini.

Menurutnya, Samsung Malaysia merupakan jenama terkenal bagi peralatan rumah, elektronik serta keperluan rumah yang berkualiti tinggi, dan melalui kerjasama berkenaan akan membolehkan pembeli rumah mendapatkan produk yang mampan dengan teknologi yang cekap dan pintar dengan harga diskaun.

“Ini memberikan manfaat bagi pembeli yang ingin rumah baharu mereka dilengkapi dengan keperluan yang moden dan boleh dipercayai. Dengan termeterainya perjanjian ini, ia mencatatkan satu lagi peristiwa penting kepada kedua-dua pihak dimana ia menjadi landasan kepada jalinan kerjasama dan inovasi di masa hadapan di antara PKNS dan Samsung Malaysia.

“Kerjasama ini menjadikan PKNS berbeza dengan pesaing industri dalam pasaran, di mana PKNS menawarkan pembeli rumah pakej lengkap yang merangkumi bukan sahaja rumah yang selesa dan moden, tetapi juga memperolehi tawaran harga diskaun untuk pembelian kelengkapan rumah yang membolehkan pembeli menikmati kehidupan yang lebih mudah dan menyenangkan,” katanya sempena majlis menandatangani MoU di Ibu pejabat PKNS Shah Alam hari ini.

Majlis menandatangani MoU itu disempurnakan oleh Mahmud mewakili PKNS, manakala Samsung Malaysia Electronics diwakili oleh Presidennya, Denny Kim.

Ujar Mahmud, pihaknya percaya melalui usahasama ini, PKNS dan Samsung Malaysia akan dapat memanfaatkan produk masing-masing untuk kebaikan pelanggan dan pihak berkepentingan (stakeholders).

Malah menurut beliau, dengan harga istimewa, pihaknya menawarkan pembeli rumah produk terbaik dalam kelasnya tersendiri yang bukan sahaja memberi nilai tambah kepada kediaman mereka malah memberikan kemudahan dan keselesaan kepada mereka.

“Saya pasti ramai pembeli rumah PKNS akan teruja dengan kerjasama baharu dengan Samsung Malaysia ini,” katanya.

Sementara itu, Denny Kim berkata, kerjasama strategik itu telah menunjukkan impak berkesan dengan gabungan dua organisasi terkemuka melalui tawaran terbaik kepada isi rumah di negara ini.

Menurutnya, kejayaan yang dicapai secara kolektif telah mendorong Samsung untuk bergerak lebih jauh dan mengamanahkan PKNS untuk meningkatkan nilai pelanggan di samping menyediakan perumahan pintar.

“Kolaborasi strategik ini juga memberi peluang kepada kedua-dua pihak menganjurkan pelbagai program bersama antaranya aktiviti pemasaran untuk memasarkan produk hartanah PKNS serta memperkenalkan produk baharu Samsung,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan