33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

PKNS diiktiraf pemaju rumah mampu milik terbaik Asia

Mesti Baca

PERBADANANĀ Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dipilih sebagai Pemaju Rumah Mampu Milik Terbaik (Asia) dengan Eastern and Oriental Bhd, Eupe Corp Bhd dan Sime Darby Property Bhd merangkul anugerah serantau pada majlis Finale Akhir Anugerah Hartanah Asia PropertyGuru ke-18.

Pemenang daripada 13 pasaran hartanah di seluruh Asia bersaing untuk mendapatkan markah kecemerlangan tertinggi dalam pembangunan, pembinaan, seni bina dan reka bentuk hartanah pada peringkat akhir majlis itu yang diadakan di Bangkok, Thailand.

Kumpulan PropertyGuru dalam satu kenyataan berkata, lebih daripada 50 anugerah disampaikan sebagai pengiktirafan kepada pemaju terbaik di rantau ini dan projek mereka.

GuocoLand memenangi anugerah Pemaju Terbaik (Asia) bagi kali ketiga dalam sejarah anugerah terbabit, satu daripada lima kemenangan bagi pemaju dari Singapura.

Sementara itu, pemaju dari Indonesia meraih lapan kemenangan serantau, dengan PT Sinar Mitbana Mas memenangi anugerah Pemaju Perintisan Terbaik (Asia) manakala syarikat induk Sinar Mas Land dan anak syarikat PT BSD Diamond Development turut memenangi anugerah serantau.

Pemaju dari Filipina merangkul tujuh kemenangan serantau dengan Aboitiz InfraCapital Economic Estates meraih anugerah utama iaitu Pemaju Perindustrian Terbaik (Asia) dan Pembangunan Perindustrian Terbaik (Asia).

Manakala, pemaju dari Vietnam meraih enam kemenangan serantau, diterajui SonKim Land Corporation. Syarikat itu memenangi kedua-dua anugerah Pemaju Hartanah Mewah Terbaik (Asia) dan Pembangunan Kegunaan Bercampur Butik Terbaik (Asia).

Advertisements

Andaman Asset Solution memenangi anugerah Pemaju Butik Terbaik (Asia), satu daripada enam anugerah serantau yang dimenangi pemaju dari Thailand.

Salvo terpilih sebagai Pemaju Gaya Hidup Terbaik (Asia), satu daripada lima anugerah serantau yang dimenangi pemaju dari Australia.

Sementara itu, pada majlis itu juga salah seorang daripada personaliti paling ikonik dalam industri hartanah Hong Kong iaitu pengasas dan pengerusi Lan Kwai Fong Group, Allan Zeman menerima Anugerah Ikon.

Ketua Pengarah Eksekutif PropertyGuru Group, Hari V. Krishnan, berkata acara tahun ini adalah sambutan bagi menghargai perancang perubahan yang menyumbang kepada hala tuju pembangunan bandar pada masa hadapan.

“Dari ibu kota yang dinamik hinggalah kepada metropolis yang luas dan perbandaran yang dirancang dengan baik, masa depan bandar-bandar di Asia berada di tangan pemaju yang berkebolehan ini, membuka jalan bagi industri yang lebih mampan, saksama dan inovatif di negara masing-masing,” katanya.

Pengurus besar PropertyGuru Asia Property Awards and Events, Jules Kay, berkata tempat terbaik untuk tinggal dan bekerja di Asia telah menjadi contoh kualiti terbaik, yang menekankan bahawa rantau ini kekal fokus pada meningkatkan standard pembangunan, menilai semula reka bentuk dan menggiatkan semula ekonomi.Ā -Bernama

Advertisements

Terkini

Ramasamy, Fadhil amal kempen menyesatkan – Puad Zarkashi

PRESIDEN Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhil Shaari dianggap mengamalkan kempen...

Lagi Artikel Berkaitan