Thursday, June 4, 2026

Zara tarik balik iklan kontroversi sindir genosid di Palestin

Mesti Baca

AKIBAT berdepan desakan langkah boikot yang semakin meningkat, jenama terkenal, Zara akhirnya akur untuk menarik semula kempen iklan kontroversi yang didakwa menyindir penderitaan penduduk di Genting Gaza.

Peruncit fesyen terbesar di dunia yang dimiliki Inditex berpusat di Sepanyol itu menafikan dakwaan tidak menjaga sensitiviti seperti  yang dikritik banyak pihak.

“Segelintir pelanggan berasa tersinggung dengan imej sedemikian. Mereka menggambarkan perkara lain yang merujuk kepada sindiran terhadap penduduk Gaza berbanding idea sebenar yang cuba kami tonjolkan,” kata Zara dalam satu kenyataan.

Katanya, Zara mendapat ilham mengenai kempen pengiklanan itu pada Julai dan sesi penggambaran dibuat pada bulan September, kira-kira sebulan sebelum konflik Hamas-rejim Zionis bermula.

“Idea asal adalah untuk mempersembahkan imej arca belum siap di studio pengukir dengan tujuan mempamerkan pakaian buatan kraf dalam konteks artistik.

“Kami kesal dengan salah faham ini dan menghormati pandangan semua pihak,” katanya lagi. – Agensi

 

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan