26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Khaled harap pembaharuan dirancang KPT dapat diteruskan

Mesti Baca

BEKAS Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap usaha-usaha pembaharuan yang telah dirancang dan telah dilaksanakan oleh kementerian itu dapat diteruskan selepas ini.

Mohamed Khaled yang akan bertukar ke Kementerian Pertahanan berkata, antaranya ialah saranan yang dibuat Jawatankuasa Penambahbaikan Nasional, pendigitalan dan ekosistem TVET.

Beliau turut berharap Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di bawah Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir nanti dapat memberi tumpuan kepada Pembelajaran Berasaskan Pekerjaan, Pembelajaran Sepanjang Hayat selain soal gaji premium serta agenda pemerkasaan mahasiswa.

“Walaupun hanya setahun setelah sekembalinya saya di KPT, saya dapat lihat dan rasakan, pelbagai pembaharuan serta transformasi yang dilakukan.

“Ini tidak lain dan tidak bukan, ia merupakan hasil usaha keras, komitmen serta kerjasama yang diberikan oleh semua pihak,” katanya pada hari terakhir beliau di KPT hari ini.

Warga KPT tidak lepaskan peluang untuk bergambar bersama Mohamed Khaled Nordin yang akan berpindah ke Kementerian Pertahanan. – Foto: FB

Sebelum itu beliau telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi dan warga KPT di Putrajaya.

Advertisements

Turut merakamkan waktu keluar ialah Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Yusuf Apdal yang akan ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Mohamed Khaled berkata, beliau amat berharap KPT dapat melahirkan bakat berilmu dan berkemahiran tinggi, penyelidikan dan inovasi, program pemindahan ilmu dan soal pengantarabangsaan dapat diperkasa dan dijayakan.

Katanya, ia perlu menjadi pegangan dan tanggungjawab yang harus dilunaskan.

“Saya percaya dengan kemampuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selaku Menteri Pendidikan Tinggi yang baharu nanti, beliau mampu memimpin dan mengemudi bahtera pendidikan tinggi negara ke tahap yang lebih cemerlang,” katanya.

Semalam, Zambry Abdul Kadir berkata, sebagai satu pasukan, beliau akan meneruskan agenda yang telah dibawa oleh Mohamed Khaled di KPT.

Pada masa yang sama, bekas Menteri Luar Negeri itu berkata, beliau akan membuat penambahan kepada fokus-fokus baharu yang telah digariskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendepani cabaran dan memenuhi keperluan masa kini dan akan datang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan