25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Google perkhidmatan internet paling popular tahun 2023

Mesti Baca

GOOGLE menduduki tempat pertama bagi tahun kedua berturut-turut menjadi perkhidmatan Internet paling popular.

Manakala Facebook menduduki tempat kedua, diikuti Apple dan TikTok, menurut laporan Kajian Tahun 2023 syarikat awan ketersambungan, Cloudflare.

Namun begitu, Facebook disenaraikan sebagai platform media sosial paling popular, mengatasi peneraju pada 2022, TikTok yang menduduki tempat kedua, diikuti Instagram dan Twitter/X.

Cloudflare dalam satu kenyataan berkata, OpenAI menduduki tempat pertama sebagai Generative AI Service paling popular diikuti Character AI, Quillbot dan Hugging Face.

“Di peringkat global, sektor kewangan adalah industri yang paling banyak disasarkan.

“Dua jenis serangan utama ialah pautan yang mengelirukan dan cubaan peras ugut dalam e-mel,” menurut laporan itu.

Advertisements

Sementara itu, terdapat lebih 180 gangguan Internet di seluruh dunia pada 2023 berbanding lebih 150 pada 2022.

“Pada 2023 sahaja, terdapat peningkatan sebanyak 25 peratus untuk trafik global, dengan tiada tanda-tanda perlahan.

“Pertumbuhan ini menggariskan kebergantungan kepada perkhidmatan Internet untuk memudahkan dan menyokong sistem dan tugas yang penting, seperti menyokong ekonomi digital global, membolehkan operasi rangkaian penjagaan kesihatan, mengekalkan kesinambungan perniagaan untuk perusahaan dan akhirnya, menghubungkan orang ramai dengan komuniti mereka,” kata Cloudflare.

Dalam pada itu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Cloudflare, Matthew Prince berkata, kedudukan syarikat membolehkan mereka memantau trend dalam talian dan teknologi baharu dalam masa nyata, seperti peningkatan AI dan penggunaan Starlink yang meluas.

“Ia menjadi tanggungjawab kami untuk telus serta berkongsi data dan perspektif daripada laporan seperti Kajian Tahun 2023 kami untuk membantu memastikan dunia dalam talian lebih bermaklumat, berdaya tahan dan selamat,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan