27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

‘Sifu Dan Aku’, gandingan hebat M Nasir dan Hattan

Mesti Baca

DUA Legenda muzik nusantara, Datuk M Nasir dan Datuk Hattan, bakal berkongsi pentas sekali gus menggegarkan Sabah pada Konsert Sifu Dan Aku di Sabah International Convention Center (SICC) pada 3 Februari 2024.

Konsert ini adalah gabungan pertama yang menampilkan guru dan murid yang sudah berjaya dalam bidang seni suara selama lebih 38 tahun.

M Nasir, yang dikenali sebagai Sifu, adalah seorang penyanyi, pencipta lagu dan penerbit yang sudah menghasilkan banyak karya hingga menjadi ikonik dalam dunia muzik Nusantara. 

Hattan pula yang dikenali sebagai muridnya, adalah seorang penyanyi yang juga banyak merakamkan lagu-lagu yang menjadi kegemaran ramai hingga kini.

M Nasir berkata, Konsert Sifu Dan Aku ini adalah sebagai satu cabaran buatnya.

“Saya anggap persembahan ini satu cabaran memandangkan hubungan saya dan Hattan sudah lama. Bakatnya kian menyerlah selepas menyanyikan lagu-lagu saya dan kiranya menjadi anak buah saya dalam penerbitan dunia rakaman.

“Keunikan konsert ini terletak pada gandingan kami berdua pada satu pentas dengan persembahan yang berskala besar.

“Selepas sekian lama bekerjasama dengan Hattan, kali ini kami berada di satu pentas yang penonton akan melihat terbuktinya kombinasi kami. Saya pasti peminat di Sabah tidak sabar menantikan konsert ini,” katanya.

Sementara itu, Hattan berkata, konsert ini adalah penceritan daripada awal kariernya hingga ke konsert ini. 

“Daripada mula saya berguru dengan Nasir, belajar terbit lagu, menyanyi dan semua dari zaman dulu. Kiranya, konsert ini adalah klimaks pada perguruan saya bersama beliau. 

Advertisements

“Saya mahu menjadikan konsert ini sebagai satu memori indah untuk karier seni saya kerana kita satu pentas bersama di dalam satu konsert yang ditujukan khas Sifu Dan Aku. Jadi, pada malam itu kami menyanyikan semua lagu hit.

“Memang ini bakal menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan. Rugi kalau orang tidak datang kerana penceritan itu saya dan M Nasir.

“Bagaimana saya mengenali beliau hingga saat ini. Malah, saya juga pernah menerbitkan satu album Palestin untuk Palestin yang diterbitkan olehnya,” katanya.

Kedua-dua seniman ini akan menyajikan persembahan yang menyentuh jiwa dan meruntun hati dengan lagu-lagu yang mempunyai sejarah dan makna tersendiri. 

Konsert Sifu Dan Aku adalah sebuah konsert yang unik dan istimewa kerana ia bukan sahaja menampilkan dua seniman yang berbakat tetapi juga menunjukkan hubungan yang erat dan harmonis antara seorang guru dan seorang murid yang saling menghormati dan menghargai.

Konsert ini juga adalah satu penghargaan kepada peminat di Sabah yang jarang mendapat peluang untuk menyaksikan persembahan dua legenda ini secara langsung. 

Konsert Sifu Dan Aku dianjurkan oleh Ochee Purnama Sdn Bhd dan HS Shazlicious Trading dengan kerjasama Borneo Excursions dan Angkatan Hebat Group.

Borneo Excursions adalah agensi pelancongan rasmi untuk Konsert Sifu Dan Aku yang menawarkan tiket konsert, pakej pelancongan, pengangkutan dan hotel dengan harga yang menarik.

Tiket konsert boleh didapati di https://ilassotickets.com/event/konsert-sifu-aku/ pada harga RM988 (VIP- tempat duduk bernombor), RM488 (tempat duduk bebas), RM388 (tempat duduk bebas), RM288 (tempat duduk bebas) dan RM188 (tempat duduk bebas). -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan