25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

RIM, MPA runding isu terma dan syarat carta lagu ‘Muzik-Muzik’

Mesti Baca

PERSATUAN Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Persatuan Penerbit Malaysia (MPA) sedang berunding dengan Media Prima mengenai terma dan syarat pencalonan lagu dalam program carta mingguan, Muzik-Muzik disiarkan di TV3.

Pengerusi RIM, Rosmin Hashim berkata, ini susulan ramai kalangan ahli mereka tidak mencalonkan rakaman lagu artis-artis masing-masing tahun ini kerana tidak bersetuju dengan klausa tertentu dalam borang pencalonan program berkenaan.

“Kami telah mengadakan sesi dialog bersama pihak pengurusan tertinggi Media Prima mengenai perkara ini pada awal Ogos tahun ini dan telah mengetengahkan klausa bermasalah dalam borang pencalonan itu buat perhatian mereka.

“Walau bagaimanapun, sehingga kini kami masih belum mendapat penyelesaian yang memuaskan sepenuhnya berhubung perkara ini dan berharap kami dapat mencapainya dengan segera untuk klausa dan isu ini,” katanya di Kuala Lumpur.

Advertisements

Sementara itu, Pengerusi MPA, Ng Ay Na berkata, ramai ahli mereka daripada kalangan syarikat penerbit juga tidak mencalonkan lagu-lagu baharu yang mereka tadbir bagi pihak penulis lagu masing-masing dalam program muzik paling popular itu.

“Pihak kami juga telah membangkitkan klausa yang berkaitan dalam borang pencalonan lagu Muzik-Muzik yang menjadi isu buat ahli-ahli kami ke perhatian Media Prima.

“Kami berharap dapat mencapai kata sepakat dengan pihak Media Prima dalam isu ini agar ahli-ahli kami dapat meneruskan pencalonan lagu-lagu baharu mereka dalam program itu,” katanya.

Sebagai persatuan yang mewakili pemegang hak rakaman bunyi/video dan karya muzik masing-masing, RIM dan MPA mahu isu tertunggak berhubung borang pencalonan lagu Muzik-Muzik diselesaikan segera oleh Media Prima demi kebaikan kedua-dua pihak. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan