26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Wawasan 2020 gagal: Tun M tuding jari kepada orang lain

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEPERTI dijangka, Tun Dr Mahathir Mohamad menuding jari kepada orang lain berhubung kegagalan Wawasan 2020 yang dicetuskan beliau.

Antara yang dipersalahkan ialah dua bekas Perdana Menteri selepasnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak serta bekas Pengerusi DAP, Lim Kit Siang,

Dalam catatan menerusi media sosialnya, bekas Perdana Menteri itu mendakwa kegagalan Kit Siang yang tidak berusaha agar bangsa Malaysia bertutur dalam bahasa kebangsaan menjadi salah satu punca kegagalan wawasan tersebut.

“Bahasa Malaysia ialah bahasa Melayu, iaitu bahasa penduduk asal tanah Melayu. Kita tidak berjaya mencapai matlamat yang pertama kerana ramai rakyat Malaysia tidak bertutur kata dalam bahasa Kebangsaan bahkan mereka utamakan bahasa bukan Kebangsaan,” katanya dalam Facebook hari ini.

Sebelum ini, Kit Siang dalam sebuah portal berkata, individu yang melancarkan Wawasan 2020 sendiri tidak membuat apa-apa untuk memastikan kebangkitan Bangsa Malaysia dengan kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

Sementara itu, Mahathir turut menuduh Abdullah dan Najib sebagai punca kegagalan Wawasan 2020.

Katanya, kedua-dua pemimpin itu langsung tidak cuba membangunkan negara dari 2004 hingga 2020.

Baca juga:   GTA tidak musuhi bukan Melayu - Dr Mahathir

“Ya. Memang pun saya mengumum kegagalan Wawasan 2020. Tetapi ia bukan kegagalan saya. Tidak ada bukti kegagalan Wawasan 2020 sehingga saya letak jawatan pada 2003.

“Apabila sahaja Tun Abdullah dan Datuk Seri Najib ambil alih kepimpinan negara, mereka ketepikan dasar dan cara yang diterokai oleh saya,” katanya.

Baca juga:   Bola sepak Sukan SEA: Malaysia langkah kanan

Malahan bekas Ahli Parlimen Langkawi hilang deposit ketika bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu itu turut menuduh Abdullah membatalkan projek kereta api, jambatan bengkok dan projek expressway walaupun beliau berjanji untuk teruskan.

“Dasar dan cara yang saya perkenal semasa saya jadi Perdana Menteri juga digugur.

“Yang diutamakan ialah projek anak dan menantu. Di tingkat empat terdapat beberapa anak muda yang mempengaruhi dasar dan projek.

“Wang Ehsan Terengganu diguna untuk mendiri hotel, taman masjid, perlumbaan perahu layar dan jambatan Rakyat tolak dasar dan pentadbiran Abdullah dan dalam PRU pada tahun 2008, pencapaian Kerajaan Abdullah begitu buruk sehingga lima buah negeri ditawan oleh parti lawan,” kata pemimpin berusia 97 tahun itu.

Mahathir berkata, Najib yang menggantikan Abdullah tidak berusaha untuk jayakan wawasan berkenaan.

Sebaliknya, dakwa beliau, Najib meminjam berbillion ringgit untuk membeli stesen janakuasa dengan harga lebih tinggi dari harga pasaran.

“Lepas itu Najib terlibat dengan bermacam jenayah. Tidak ada sedikit pun usaha untuk jayakan Wawasan 2020,” katanya.

Baca juga:   Tiada siasatan baharu terhadap Dr Mahathir - Pengarah JSJ

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan