26.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 2, 2023

Bapa tiri mengaku salah 32 pertuduhan termasuk seks guna objek

Mahkamah menetapkan 15 Mei untuk sebutan semula kes bagi menunggu fakta tambahan sebelum keputusan hukuman terhadap tertuduh.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG bapa tiri mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di Melaka, hari ini atas 32 pertuduhan merogol, melakukan amang seksual fizikal dan seks menggunakan objek terhadap anak tirinya sejak tiga tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 37 tahun membuat pengakuan tersebut dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail dan Hakim Darmafikri Abu Adam sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Bagaimanapun, mahkamah kemudian menetapkan tarikh 15 Mei depan sebagai sebutan semula kes bagi menunggu fakta tambahan seterusnya keputusan hukuman terhadap tertuduh.

Berdasarkan 11 kertas pertuduhan, tertuduh didapati telah merogol anak tirinya berusia 16 tahun dan disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan sabit kesalahan yang memperuntukan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun.

Tertuduh juga didakwa atas satu pertuduhan dibawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara 20 tahun serta sebatan kerana merogol mangsa sama setelah usianya mencecah 16 tahun.

Bagi lapan kertas pertuduhan yang lain, tertuduh didapati bersalah melakukan seks menggunakan objek tanpa kerelaan mangsa dan didakwa di bawah Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebatan

Tertuduh yang merupakan seorang guru renang turut didapati bersalah atas 12 pertuduhan kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja berkenaan dan disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukan hukuma penjara 20 tahun serta sebatan.

Kesemua perbuatan terkutuk itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah bernombor di Taman Maju dalam daerah Jasin antara Januari 2020 hingga 14 Mac 2023.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak membuat sebarang rayuan, manakala pendakwaan dikendalikan secara berasingan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim dan N. Sivashangari.

Kedua-dua pihak pendakwaan bagaimanapun memohon agar jaminan tidak diberikan terhadap tertuduh bagi menjamin keselamatan mangsa.

Edisi9 sebelum ini melaporkan pasangan suami isteri terbabit ditahan polis sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2) pada Sabtu lalu.

Suspek lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes rogol anak tirinya hingga menyebabkan mangsa melarikan diri akibat trauma, bulan lalu, manakala isterinya disyaki bersubahat menyembunyikan perbuatan suspek.

Bagaimanapun, sebelum itu, mangsa dilaporkan hilang dari kediaman mereka di Jasin, Melaka.

-EDISI9

Terkini

Siapa pilihan hati pengundi Kemaman esok?

TIRAI kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman akan melabuhkan tirainya tepat jam 12 tengah malam ini. Esok bakal menentukan siapa...

Lagi Artikel Berkaitan