24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024

Duda mengaku rogol, ceroboh kuarters penjawat awam

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki berstatus duda dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak, hari ini atas tiga pertuduhan merogol dan menceroboh rumah seorang wanita, minggu lalu.

Tertuduh, Hassan Ahmad, 43, membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang juga seorang duda didakwa telah melakukan rogol terhadap mangsa yang berusia 38 tahun dan pada masa itu meletakkan mangsa dalam ketakutan kematian.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tingkat dua kuarters kakitangan awam, Jalan Kamarudin Isa, Fair Park di sini antara pukul 10 malam, 17 April lalu hingga 1.47 pagi, 18 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh turut didakwa telah melakukan rogol terhadap mangsa di lokasi sama antara pukul 5.30 pagi hingga 6.30 pagi, 18 April lalu.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Advertisements

Bapa kepada seorang anak itu juga didakwa telah menceroboh masuk rumah mangsa yang juga penjawat awam antara pukul 10 malam, 17 April sehingga 9 pagi, 18 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara boleh sampai tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Evangelin Simon Silvaraj tidak menawarkan sebarang jaminan berikutan tertuduh tidak mempunyai alamat tetap selain mengetahui lokasi kediaman mangsa.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Mei depan untuk keputusan sementara menunggu fakta bagi kes berkenaan.

Edisi9 sebelum ini melaporkan seorang wanita ditemukan dalam keadaan trauma oleh orang awam selepas kediamannya diceroboh.

Wanita itu turut cedera di kaki akibat terjatuh dari rumahnya ketika menyelamatkan diri selepas diperkosa seorang penagih sebelum pasukan dari Balai Polis Sungai Senam memberi bantuan sekitar pukul 9.15 pagi.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Hospital UMS dijangka beroperasi Januari 2026 – Zambry

HOSPITAL Universiti Malaysia Sabah (HUMS) yang kini dalam proses pembinaan dijangka siap sepenuhnya Disember tahun depan dan akan beroperasi...

Lagi Artikel Berkaitan