32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Cuaca panas melampau, Kerajaan bincang lanjut cuti sekolah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JEMAAH Menteri akan berbincang keperluan untuk melanjutkan cuti sekolah Sempena Sambutan Aidilfitri atau sebaliknya susulan fenomena cuaca panas melampau yang melanda di negara ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, selain cadangan itu, kerajaan juga sudah mengkoordinasikan kerjasama dengan kerajaan negeri dan kementerian berkaitan bagi membantu rakyat menghadapi fenomena ini.

Menurutnya, ia termasuk kerjasama dengan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memantau dan membantu mereka yang terkena strok haba berikutan perubahan cuaca panas.

“Laporan berhubung mesyuarat berkaitan serangan strok haba sudah diserahkan kepadanya. Usaha penyelarasan antara kementerian dan jabatan yang terbabit dalam soal ini juga sedang dijalankan.

“Ketika ini, iklim di negara kita sudah berubah apabila haba panas mula melanda terutamanya di Kelantan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan di Benut, Johor, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, KKM juga mengambil langkah-langkah tertentu, dan kita nasihatkan rakyat di kawasan yang dilanda haba panas ini agar dapat minum air bersih dengan lebih banyak.

“Saya dimaklumkan oleh MetMalaysia bahawa panas ini akan berakhir pada pertengahan Mei. Jadi saya berharap walaupun ini fenomena baharu tetapi kita perlu berjaga-jaga dan mengambil beberapa langkah kesihatan,” katanya.

Dua kematian disahkan terjadi akibat strok haba dan dehidrasi yang membabitkan seorang bayi perempuan berusia 19 bulan dan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Kelantan.

-EDISI9

Terkini

Afidavit Zahid manifestasi usaha pembelaan terhadap Najib

TINDAKAN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memfailkan afidavit tambahan bagi menyokong petisyen Datuk Seri Najib Razak berhubung kewujudan...

Lagi Artikel Berkaitan