26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Ops Sudan: 30 rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 30 rakyat Malaysia yang dievakuasi dari kawasan konflik di Khartoum, Sudan menerusi Ops Sudan selamat tiba di tanah air hari ini.

Rombongan pulang operasi itu diketuai Duta Besar Malaysia ke Sudan, Mohamad Razdan Jamil tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan disambut Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir serta ahli keluarga.

Wisma Putra berkata, Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan penghargaan ke atas Kerajaan Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) atas bantuan dan penyelarasan rapi bagi menjamin kepulangan mereka dengan selamat.

“Kerajaan menyeru semua pihak yang berkaitan di Sudan agar segera menghentikan konflik dengan jalan perdamaian bagi terus mengelakkan pertumpahan darah dan kehilangan nyawa mereka yang tidak bersalah.

“Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir akan mengurus dan menyelia hal ehwal berkaitan Sudan berkuat kuasa serta-merta.

“Wisma Putra turut merakamkan penghargaan kepada agensi-agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan semua pihak yang telah bertungkus lumus dan menyumbang kepada kejayaan Ops Sudan,” katanya hari ini.

Advertisements

Sementara itu, Zambry berkata, meskipun Ops Sudan telah selesai, Wisma Putra masih mengikuti perkembangan yang berlaku di negara berkenaan secara dekat.

“Jika ada rakyat Malaysia yang masih ada di Sudan, pihak keluarga diminta maklumkan kepada Wisma Putra. Saya nasihatkan rakyat Malaysia yang ingin lawat Sudan untuk tangguhkan perjalanan sehingga keadaan pulih,” katanya.

Lebih 400 orang dilaporkan terbunuh manakala lebih 3,500 cedera ekoran konflik bersenjata antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) yang tercetus pada 15 April lalu.

Pada 25 April lalu, 30 rakyat Malaysia yang terkandas di Khartoum, selamat tiba di Pelabuhan Sudan pada 2.07 petang Isnin waktu tempatan setelah 30 jam perjalanan dengan jarak 1,233 kilometer.

Terdapat 32 rakyat Malaysia berada di Sudan di tujuh lokasi berbeza dan pada 21 April lalu, dua rakyat Malaysia telah dibawa keluar dan dipindahkan ke tempat selamat.

Mereka berkhidmat dengan Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Sudan (UNMIS) di Abyei dan proses evakuasi mereka akan dilakukan oleh pihak PBB. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan