26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Dipenjara 6 bulan muat naik hantaran jelik terhadap Sultan Perak

Mesti Baca

MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap seorang tukang kimpal kerana membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menerusi Twitter miliknya, Disember tahun lepas.

Hakim Priscilla Hemamalini Nadarajan menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Masri Md. Darus, 36, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Mohd. Masri didakwa melakukan perbuatan itu menerusi aplikasi Twitter miliknya dengan menggunakan laman profil Twitter “@Muhammad65J” dengan niat untuk menyakiti hati orang lain pada 8.21 pagi, 22 Dis 2022.

Hantaran itu kemudian dibaca di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju, di sini pada 5 petang, 3 Januari lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Baca juga:   Polis cari pemandu Myvi lawan arus

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ilya Ellyna Nor Azmal memohon hukuman setimpal mengambil kira faktor hantaran yang dimuat naik tertuduh bersifat jelik dan bahasa digunakan adalah tidak sopan.

“Pendakwaan memohon hukuman setimpal agar memberi pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh, namun kepada masyarat juga agar lebih berhati-hati ketika memuat naik hantaran dalam media sosial,” katanya.

Baca juga:   2 penagih gagal larikan Pajero, 'kantoi' bawa dadah

Mohd Masri. yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan tidak berkemampuan dan perlu menjaga ibu yang telah uzur. – BERNAMA

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan