26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Peguam Negara gugur 16 kes berprofil tinggi sejak 2018

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEGUAM Negara telah menggugurkan sebanyak 16 kes berprofil tinggi sejak 2018 sehingga 2023 di bawah Fasal (3) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, fasal itu memberi budi bicara kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan.

“Daripada jumlah 16 kes tersebut, mahkamah telah memerintahkan 13 kes dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan dan tiga kes lagi dilepas tanpa dibebaskan di bawah Seksyen 254(3) Kanun Tatacara Jenayah.

“Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk menggugurkan kes berprofil tinggi tersebut setelah menimbangkan, antara lain, perkembangan baharu sesuatu kes, representasi yang dikemukakan peguam bela tertuduh, tertuduh yang dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan dijadikan saksi pendakwaan, atau tertuduh dikenakan kompaun,”katanya memetik laporan Sinar Harian.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan lisan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan di Dewan Rakyat.

Baca juga:   Dion sah sarung jersi Harimau Malaya, perkuat team TCH

Muhammad Fawwaz meminta Perdana Menteri menyatakan data kes profil tinggi yang telah digugurkan oleh Peguam Negara sejak 2018 sehingga 2023 dan alasan pengguguran kes tersebut.

Mengulas lanjut, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang memberitahu, Jabatan Peguam Negara menegaskan bahawa keputusan untuk mengenakan atau menggugurkan pertuduhan terhadap mana-mana orang adalah berdasarkan keterangan dan fakta hasil daripada penyiasatan.

Baca juga:   Kerajaan kaji wujudkan Akta Pembelaan Awam - Azalina

Katanya, keputusan yang dibuat adalah dengan adil berdasarkan keterangan dalam kertas siasatan, berlandaskan teras integriti bagi memastikan mangsa, saksi, tertuduh dan orang awam memperoleh keadilan sewajarnya selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan