32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

PM nafi tuduhan tak lagi fokus agenda kos sara hidup

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan beliau tidak lagi memberikan sepenuh tumpuan kepada agenda menangani kos sara hidup rakyat.

Bahkan, beliau menyifatkan dakwaan yang dilemparkan terhadapnya itu adalah tuduhan liar semata-mata.

Ujar beliau, Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol) yang bertempat di Pejabat Perdana Menteri petang semalam adalah pertama kali diadakan tahun ini.

“Saya dibantu oleh kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui beberapa jawatankuasa lain.

“Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan (JPP), Naccol yang dipengerusikan Ahmad Zahid (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Wilayah dan Desa) telah bersidang sebanyak dua kali.

“Selepas ini beliau akan mempergiatkan usaha pemantauan dan pelaksanaan dasar dan strategi Kerajaan Malaysia Madani dengan mengadakan mesyuarat setiap bulan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mesyuarat Naccol dihadiri kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Wilayah dan Desa juga serta tujuh Menteri Kabinet mewakili tujuh kluster di bawah Naccol.

Jelas Anwar lagi, adalah lebih wajar pihak yang membuat tuduhan itu bersama-sama Kerajaan Malaysia Madani mengembleng usaha dalam membantu rakyat serta mengurangkan berpolemik.

“Kos sara hidup adalah agenda nasional dan menuntut whole nation approach atau pendekatan seluruh negara,” katanya.

Dalam perkembangan berlainan, Anwar memaklumkan Inisiatif Rahmah yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) semakin membuahkan hasil apabila konsep itu semakin meluas dari masa ke masa.

Menurutnya, setakat ini sebanyak 71,400 Bakul Rahmah diedarkan kepada kelompok miskin tegar dengan pembabitan dan kerjasama daripada 10 penyumbang utama.

“Selain itu, inisiatif Jualan Rahmah kini membabitkan 16 pasar raya besar dan rangkaiannya yang meliputi 118 kawasan Parlimen dengan 8,223 lokasi, 12,000 unit penyimpanan stok (SKU) jualan sehingga 31 Disember depan.

“Bagi Menu Rahmah, 1,706 premis makan dan restoran mengambil bahagian dan berkenaan Bazar Ramadan Rahmah itu meliputi 41 lokasi dengan membabitkan seramai 913 peniaga,” katanya.

-EDISI9

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH/BN wakili kerajaan perpaduan

CALON Pakatan Harapan/Barisan Nasional (PH/BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan mewakili...

Lagi Artikel Berkaitan