26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Isu padi, beras tidak boleh diurus ‘katak politik’ – Akmal

Mesti Baca

PERGERAKAN Pemuda UMNO Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menangguhkan cadangan beras putih Malaysia Madani.

Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata, seharusnya isu padi dan beras diketuai serta diuruskan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Pada masa yang sama, katanya, ia juga perlu melibatkan pesawah, pengilang dan pakar-pakar bidang tersebut, dan bukannya “katak politik.”

“Terima kasih Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menangguhkan cadangan yang telah dikemukakan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang berkenaan beras Madani.

“Seharusnya isu padi dan beras ini perlu diketuai dan diuruskan oleh KPKM dan libat urus mesti melibatkan pesawah, pengilang dan juga pakar-pakar dalam bidang ini dan bukannya diuruskan oleh katak politik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar, selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) telah mengarahkan KPKM segera mengadakan sesi libat urus secara lebih terperinci berhubung isu beras tersebut.

Kata beliau, hasil libat urus tersebut akan dibentang dan dimuktamadkan dalam mesyuarat NACCOL pada 20 Mac depan.

Advertisements

Sebelum ini Akmal yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka membidas usaha Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang berhasrat memperkenalkan beras putih Malaysia Madani.

Difahamkan beras Madani yang dicadang dijual pada harga RM30 merupakan campuran beras putih tempatan (BPT) dengan beras putih import (BPI).

Langkah itu bagi mengatasi masalah kekurangan BPT di pasaran tempatan dan membolehkan pengguna mendapatkan BPI lebih murah di pasaran.

Akmal berkata, isu beras imperlu diberi penekanan terhadap pemerkasaan pesawah untuk mengolah hasil padi dan sekali gus keterjaminan pendapatan mereka, yang akhirnya membawa kepada keterjaminan bekalan beras di negara ini.

“Moga libat urus yang diketuai oleh kementerian akan memberikan cadangan yang jauh lebih baik untuk kebaikan rakyat,” katanya.

Untuk rekod Syed Abu Hussin adalah Ahli Parlimen Bersatu tetapi telah menyatakan sokongan kepada kepimpinan Anwar pada November tahun lalu, sebelum dilantik sebagai Ketua Kluster Makanan NACCOL pada Januari lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan