32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Pensyarah rugi RM21,939, terpedaya pekerjaan sambilan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pensyarah kolej ‘berputih mata’ apabila mengalami kerugian RM21,939 selepas terpedaya dengan tawaran pekerjaan sambilan secara atas talian.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, wanita berusia 30 tahun berminat untuk melakukan kerja sambilan selepas melihat satu iklan di laman sesawang Google pada minggu lalu.

Menurutnya, mangsa diminta untuk membuat satu projek dengan 10 tugasan dan ditawar komisen sebanyak 0.38 peratus.

“Mangsa seterusnya berurusan melalui aplikasi WhatsApp dan satu pautan secara talian untuk melaksanakan tugasan yang diberikan oleh suspek.

“Setelah berbincang dengan suspek, mangsa telah memindahkan RM300 ke akaun bank yang diberikan dan memperolehi pulangan sebanyak RM350,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, mangsa mula teruja dan percaya selepas mendapat keuntungan sebanyak RM50 serta membuat sembilan kali pindahan wang ke dalam akaun bank berbeza.

Tambahnya, transaksi terbabit dilakukan oleh mangsa dengan menggunakan wang simpanannya.

Sehubungan itu, Ramli menegaskan agar masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui laman media sosial yang menjanjikan pulangan yang lumayan.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima di pautan terlebih dahulu sebelum https://semakmule.rmp.gov.my membuat sebarang transaksi,” tegas beliau

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan